Pergi ke kandungan

Rotan jernang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rotan jernang
Pengelasan saintifik


Rotan jernang merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan yang merupakan sebahagian dari genus Daemonorops. Antara spesies yang turut dikenali sebagai rotan jernang adalah:-

  • Daemonorops brachystachys
  • Daemonorops didymophylla Becc.
  • Daemonorops draco (Willd.) Blume
  • Daemonorops ursina
  • Daemonorops propinqua Becc.
  • Daemonorops micracanthus Becc. (Borneo)
  • Daemonorops micracantha Becc. (Rotan jernang miang)

Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]