Rotan batu
Rotan batu | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
|
Rotan batu (nama saintifik " Calamus penicillatus Roxb.") merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Ia juga dikenali dengan nama rotan lilin, rotan gunung. Antara spesies yang turut dikenali sebagai rotan batu adalah:-
- Calamus penicillatus Roxb.
- Calamus filipendulus Becc. (Rotan batu gunung.)
- Calamus insignis Becc. (Rotan batu, Malaysia)
- Calamus flabellatus Becc. (Rotan berman)
Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.
Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.
Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- 10. NON-WOOD FOREST PRODUCE - STATUS AND TRENDS
- ROTAN POKOK HUTAN YANG BERNILAI TINGGI
- Transfer of Technology Models (TOTEMs)
- CANE PROPERTIES OF CULTIVATED ROTAN MANAU UNDER SECOND GROWTH FORESTS: RELATIONS BETWEEN MATURITY AND STRENGTH.