Pergi ke kandungan

Riyad Farid Hijab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Riyad Farid Hijab
Perdana Menteri Syria
Dalam jawatan
23 Jun 2012 – 6 Ogos 2012
PresidenBashar al-Assad
Didahului olehAdel Safar
Digantikan olehOmar Ibrahim Ghalawanji (pemangku)
Menteri Pertanian dan Pembaharuan Agraria
Dalam jawatan
14 April 2011 – 6 Ogos 2012
Perdana MenteriAdel Safar
Didahului olehAdel Safar
Digantikan olehWael Nader al-Halqi
Maklumat peribadi
Lahir1956 (umur 67–68)
Deir ez-Zor, Syria
Parti politikParti Ba'ath (sebelum 2012)
Bebas (2012–kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Progresif Kebangsaan (Sebelum 2012)

Riyad Farid Hijab (Arab: الدكتور رياض فريد حجاب), lahir 1956, ialah seorang ahli politik Syria. Beliau menjadi Perdana Menteri Syria dari Jun hingga Ogos 2012, berkhidmat di bawah Presiden Bashar al-Assad. Sebelum itu beliau merupakan Menteri Pertanian dari April 2011.

Pada 6 Ogos 2012, beliau dilaporkan telah berpaling tadah kepada pihak pemberontak dalam perang saudara Syria. Ini disahkan oleh kerajaan Syria, dengan menteri maklumat Omran al-Zoub menyatakan "pelarian sesetengah personaliti, tidak kira seberapa tinggi pangkat, tidak akan memberi kesan kepada negara Syria" dan "tidak ada masalah" menggantikan pembelot.[1]

Bekas jurucakap Hijab, Mohammad Otari berkata bahawa Hijab meletak jawatan, dan beliau serta keluarganya menuju Jordan pada 6 Ogos 2012.[2][3] TV kerajaan pula melaporkan yang Hijab "dipecat" dan Timbalan PM Omar Ibrahim Ghalawanji akan menjadi pemangku.[2][4] Mengikut Otari, Hijab telah beberapa bulan merancang berpaling tadah dengan bantuan Tentera Pembebasan Syria.[3][5][6][7]

  1. ^ Syria crisis: Iranian hostages, Aleppo battle, and defections The Guardian. 7 Ogos 2012.
  2. ^ a b "Syrian PM sacked – state TV". RT. 6 Ogos 2012. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  3. ^ a b "Syrian prime minister joins opposition". Al Jazeera. 6 Ogos 2012. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  4. ^ PM Syria dipecat dan dilaporkan berpaling tadah cyBerita
  5. ^ "Syria PM Riad Hijab defects to Jordan". BBC. 6 Ogos 2012. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  6. ^ Nayla Razzouk dan Glen Carey (6 Ogos 2012). "Syria Dismisses Prime Minister Hijab Amid Defection Reports". Bloomberg. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  7. ^ "Syrian prime minister defects, flees to Jordan". The Leader. Associated Press. 6 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-05. Dicapai pada 2012-08-09.
Jawatan politik
Didahului oleh
Adel Safar
Perdana Menteri Syria
2012
Diikuti oleh:
Omar Ibrahim Ghalawanji
(pemangku)