Rindu Yang Terlarang
Rindu Yang Terlarang merupakan drama bersiri adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah. Dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Zahirah MacWilson, Jalil Hamid, Sahronizam Noor, Amyza Aznan, Sulaiman Yassin dan Kartina Aziz. Drama terbitan Zeel Production dibawah arahan pengarah Rashid Sibir yang mulai ditayangkan pada 26 November 2019 di Astro Ria slot DramaVaganza pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Drama ini merupakan drama bersiri kedua yang mengisi Slot DramaVaganza selepas drama telah tamat siarannya Cemburu Seorang Perempuan pada 25 November yang lalu.[1]
Rindu Yang Terlarang | |
---|---|
Genre | Dendam Keluarga Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Rindu Yang Terlarang (novel) karya Umie Nadzimah |
Pengarah | Rashid Sibir |
Dibintangi oleh | Fikry Ibrahim Zahirah MacWilson Jalil Hamid Sahronizam Noor Amyza Aznan Sulaiman Yassin |
Lagu pembukaan | "Kau Kekasihku" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza |
Lagu penutup | “Kau Kekasihku" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot DramaVaganza Astro Ria HD |
Siaran asal | 26 November 2019 – 23 Disember 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cemburu Seorang Perempuan |
Diikuti oleh | Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga, Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing.
Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Tok Wan berjaya menyatukan semula Ainnura dan Faith. Namun sayangnya disaat hari pernikahan Ainnura dan Faith semakin hampir, Tok Wan meninggal dunia. Ainnura yang bersedih diatas pemergian Tok Wan berhasrat untuk membatalkan majlis tersebut namun Faith berjaya memujuk Ainnura agar meneruskan majlis pernikahan mereka. Sementara itu, Puan Rohana yang masih berdendam dengan Ainnura kemudian berpura-pura merestui perkahwinan tersebut. Selepas berkahwin, Ainnura kemudian berpindah semula ke rumah Puan Rohana. Disitu bermulalah episod duka Ainnura apabila dia dan Fawwaz sering didera dan diseksa oleh ibu mertuanya tanpa pengetahuan Faith. Hal tersebut hanya diketahui oleh adik Faith, iaitu Fazira.
Fazira akhirnya membongkarkan rahsianya bahawa Fawwaz adalah anak kandungnya bersama Raja Azali (Asyraf Aley) hasil daripada hubungan terlarang mereka suatu ketika dahulu. Ini kerana Fazira tidak sanggup melihat Ainnura dihina serta tidak mahu status Fawwaz terus dipersoalkan oleh keluarganya. Rahsia tersebut membuatkan Puan Rohana semakin membenci Ainnura kerana beranggapan tindakan mereka tersebut adalah kerana Ainnura ingin membalas dendam kepadanya. Namun Ainnura menyangkal tuduhan ibu mertuanya itu. Puan Rohana kemudian bertindak memukul Ainnura dan kejadian tersebut disaksikan oleh Faith. Faith kemudian memarahi ibunya dan mengugut akan meninggalkannya. Namun Ainnura memujuk Faith agar memaafkan perbuatan ibunya itu. Puan Rohana akhirnya sedar kesilapannya selama ini lalu meminta maaf kepada Ainnura dan keluarganya. Ainnura dan Faith akhirnya kembali bersatu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Watak utama
[sunting | sunting sumber]- Fikry Ibrahim sebagai Fariz @ Faith
- Zahirah MacWilson sebagai Ainnura
Watak pembantu
[sunting | sunting sumber]- Jalil Hamid sebagai Tok Wan
- Sahronizam Noor sebagai Encik Adnan
- Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
- Sulaiman Yassin sebagai Encik Fazlan
- Kartina Aziz sebagai Puan Rohana
- Putri Hanan sebagai Fatehah
- Rahhim Omar sebagai Dato' Rashid
- Shaffi Khan sebagai Tan Sri Othman
- Hanis Nabilah sebagai Fazira
- Asha Merican sebagai Rani
- Aidit Noh sebagai Aidil
- Asyraf Aley sebagai Raja Azali
- Sefik Khair sebagai Reza
- PU Azman sebagai Ustaz Moin
- Adik Mior Darwish sebagai Fawwaz
Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Penyanyi | Masa |
---|---|---|
"Kau Kekasihku" | Dato' Sri Siti Nurhaliza | 5:26 |
"Diari Hatimu" | 6:03 | |
"Setia Faizal Tahir dan Elizabeth Tan | 3:43 | |
"Magika" | Wani Kayrie | 3:01 |
Trivia
[sunting | sunting sumber]Drama ini rata-rata menggunakan lagu-lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza sebagai latar seperti Kau Kekasihku, Diari Hatimu, Menatap Dalam Mimpi, Biarlah Rahsia dan banyak lagi.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Rindu Yang Terlarang mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.