Pergi ke kandungan

Rincing Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Rinching Tengah terletak di mukim Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Dari Kuala Semenyih menuju ke Seremban , Kampung Rinching Tengah terletak di sebelah kanan jalan raya lama.

Kampung ini terletak ini terletak di tepi Sungai Rinching. Sungai Rinching mengalir ke Sungai Semenyih. Sungai Semenyih mengalir ke Sungai Langat. Sungai Langat terus ke Selat Melaka di sebelah Barat Negeri Selangor.

Di hulu Sungai Rinching ialah Kampung Rinching Hulu. Di hilir pula ialah Kampung Rinching Hilir.

Kampung ini diteroka pada tahun 1912 oleh orang Rawa , Minangkabau dari Sumatera dan Jawa.

Pada peringkat awal ekonomi mereka ialah menoreh getah dan mengusahakan dusun durian, langsat dan manggis.

Mengikut bancian, daripada 345 ekar kawasan keseluruhan kampung, 30 ekar tanah adalah kawasan penempatan penduduk kampung, 280 ekar tanah adalah Kebun Getah Penduduk. 25 ekar tanah adalah dusun buahan penduduk manakala 10 ekar tanah lagi terdiri daripada kawasan tanah terbiar.

Kemudahan awam

[sunting | sunting sumber]

Setelah 89 tahun Kampung Rinching Tengah ini diterokai, kini Kampung Rinching Tengah menuju era pembangunan. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penduduk Kampung Rinching Tengah juga turut mengecapi nikmat kemerdekaan di mana perpaduan kaum dapat dicapai setelah dibelenggu penjajah, Kini, tahun demi tahun penduduk Kampung Rinching Tengah menikmati kemudahan awam dan infrastruktur seperti :-

  • 1 Sekolah Rendah Kebangsaan 1960
  • 2 Bekalan air paip ke rumah-rumah 1970
  • 3 Klinik Desa 1974
  • 4 Balairaya (Lama) 1974
  • 5 Jalan berturap 1975
  • 6 Bekalan elektrik ke rumah 1975
  • 7 Padang bola 1984
  • 8 Taman permainan 1984
  • 9 Kedai pembangunan Luar Bandar( 2 unit) 1985
  • 10 Bekalan telefon ke rumah 1986
  • 11 Surau baru 1990
  • 12 Penambahan peralatan taman permainan 1992
  • 13 Kedai belia 1999
  • 14 Balairaya ( baru ) 1999
  • 15 Bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan 1999
  • 16 Sekolah Agama Rinching Tengah 1999
  • 17 Surau Sekolah Agama 2001