Revo Arka Giri Soekatno
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Revo Arka Giri Soekatno (biasanya dipanggil Revo atau Revi) merupakan salah seorang pengasas Wikipedia Bahasa Indonesia (WBI) [1].
Beliau berlahir di Ambon, Maluku, 2 Ogos 1975, beliau menghabiskan waktu masa kecilnya berpindah-pindah sesuai dengan tempat kerja ayahnya. Kedua-dua orang tuanya berasal dari Surakarta, Jawa Tengah.
Revo merupakan seorang wartawan, usahawan, dan juga seorang karyawan.
Biografi
[sunting | sunting sumber]- 1975: Berlahir di Ambon
- 1975 - 1978: Yogyakarta
- 1979 - 1981: Tokyo, Jepun
- 1981 - 1982: Denpasar, Bali
- 1981 - 1982: Jakarta
- 1983 - 1986: Semarang, Jawa Tengah
- ?: Belanda, Erasmus Universiti Rotterdam, jurusan Falsafah Ekonomi.
- ? - 1999: Universiti Leiden dan mengambil jurusan Sastera Jawa.
- ? - sekarang: Universiti Leiden dan mengambil jurusan Sastera Jawa Kuna. Disertasi mengenai Kidung Tantri Kediri.
Saat ini beliau sedang menghabiskan buku: Surat-surat Melayu beraksara Jawa yang diharapkan akan terbit sebelum akhir tahun ini [2].
Kiprah di Wikipedia Bahasa Indonesia
[sunting | sunting sumber]- Bergabung di Wikipedia Bahasa Indonesia pada Oktober 2003,[3] dan menjadi pengguna berdaftar yang ketiga. Pada awal 2004 saat Wikipedia Bahasa Indonesia hanya mempunyai 10-20 buah rencana, Revo memperbanyakkan jumlah rencana sehingga Wikipedia Bahasa Indonesia semakin sering muncul pada enjin pencari Google.
- Rencana pertama tentang falsafah dan diangkat menjadi birokrat pada bulan Februari 2004.
Erti nama
[sunting | sunting sumber]Nama Revo Arka Giri mempunyai arti tersendiri, seperti dikatakan oleh sang ayah. Revo dikatakan singkatan dari kata revolusi, dan kerana beliau dilahirkan pada bulan Ogos, suatu bulan revolusi di Indonesia, maka nama Revo melekat padanya. Namun kata ini boleh juga mirip dengan kata rêver dalam Bahasa Perancis yang bererti "mimpi". Kata Arka berasal dari Bahasa Sanskrit yang berarti "api" atau "(panas) matahari". Sedangkan Giri, yang juga berasal dari Bahasa Sanskrit, bererti "gunung". Jadi secara keseluruhan, sang ayah mengharapkan, mudah-mudahan beliau, Revo Arka Giri, memiliki impian setinggi matahari. sebesar gunung, dan terus menyala seperti api, yang tiada padam [4].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Amir Sodikin, Revo, Perintis Wikipedia Indonesia, Kompas, 26 Desember 2006.
- ^ Kidam Nugraha, Kami Berusaha Menyajikan Informasi yang Berbobot, Interviews, SDA Asia Online Diarkibkan 2006-10-21 di Wayback Machine, September 2005.
- ^ Majalah Chic Edisi 28 Februari - 13 Maret 2007. Artikel Figure.
- ^ Meursault2004, Pengguna:Meursault2004, Wikipedia, Ensiklopedia Bebas, oldid:484221, 16:41, 14 Desember 2006.