Pergi ke kandungan

Return (album iKON)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Return
Album studio oleh
Dilancarkan pada25 Januari 2018
(lihat sejarah pelancaran)
Dirakamkan pada2017–2018
Genre
Panjang42:44
BahasaKorea
Syarikat
PengedariTunes Sunting nilai ini di Wikidata
Ulasan profesional
Kronologi album berbahasa Korea
Welcome Back
(2015)
Return
(2018)
Single daripada Return
  1. "Kita Bercinta (사랑을 했다)"
    Dikeluarkan: 25 Januari 2018
Video muzik "Kita Bercinta" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Return ialah album penuh dalam bahasa Korea kedua bagi kumpulan muzik lelaki iKON. Ia dilancarkan oleh syarikat YG Entertainment dan diedarkan oleh Genie Music pada 25 Januari 2018. Album ini terdiri daripada 12 buah lagu dan runut "Kita Bercinta" (사랑을 했다) dipilih sebagai runut utama.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Selepas melancarkan album penampilan sulung Welcome Back pada tahun 2015, kumpulan muzik iKON membuat beberapa konsert jelajah untuk dua tahun, memulakan jelejah di beberapa negara Asia dan Jepun, termasuklah jelajah Japan Dome, di mana mereka telah menarik lebih daripada 800 ribu peminat ke jelajah-jelajah tersebut dan memecahkan beberapa rekod untuk artis baru, termasuklah kumpulan muzik terpantas untuk membuat konsert di Japan Dome sejak penampilan pertama.[3][4][5][6] Ketika musim jelajah tersebut, mereka juga telah melancarkan dua single iaitu "#WYD" dan "New Kids: Begin".

Sejak September 2017, iKON telah merakamkan video muzik baru dan Yang Hyun-suk telah mengkongsikan satu video pendek daripada video muzik itu di dalam akaun media sosial peribadi beliau pada 20 September.[7][8] Bulan berikutnya, ahli-ahli kumpulan iKON mengatakan bahawa mereka sedang menghasilkan muzik dan akan melancarkannya.[9][10] Pada bulan Disember, YG Entertainment (YGE) mengumumkan bahawa kumpulan ini akan membuat kemunculan semula pada Januari 2018 dan Yang Hyun-suk juga telah mengkongsikan di laman sosial beliau video acah bagi babak filem dalam video muzik baru iKON.[11][12]

Pada 6 Januari, iKON melancarkan filem acah kemunculan semula dengan judul album Return, menandakan album studio pertama kumpulan dalam dua tahun sejak album pertama Welcome Back. Filem yang diarahkan oleh VM Project Architecture mempunyai monolog daripada ahli kumpulan iKON Bobby. Kumpulan ini mengatakan mereka memilih nama 'Return' (Kembali) untuk album baru tersebut kerana "makna untuk melihat kembali titik permulaan dan niat asal mereka".[13][14][15] Pada 12 Januari, YGE mendedahkan poster pertama dengan tarikh pelancaran rasmi iaitu 25 Januari melalui blog rasmi.[16][17] Hari berikutnya, mereka mengumumkan runut utama "Kita Bercinta" (사랑을 했다)[18][19] dan kemudiannya senarai runut untuk album juga didedahkan, yang menunjukkan lapan lagu baru dan empat lagu versi bahasa Korea yang pernah dilancarkan di Jepun.[20][21] B.I dikreditkan sebagai penggubah dan penulis seni kata lagu dalam kesemua lagu bersama-sama dengan seniman dan penerbit YG yang lain, antaranya Psy, Tablo, Choice37 dan Teddy Park.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."사랑을 했다" ("Kita Bercinta")
  • B.I
  • Bobby
  • Mot Mal
  • B.I
  • Millennium
  • Seung
Millennium3:29
2."Beautiful" ("Cantik")
  • B.I
  • Bobby
  • Teddy Park
  • Choice37
  • B.I
  • Teddy
  • Choice37
  • Teddy
3:15
3."돗대" (solo B.I) ("Rokok Terakhir") B.I
  • Choice37
  • B.I
Choice373:26
4."나쁜놈" ("Lelaki Teruk")
  • B.I
  • Bobby
  • B.I
  • Kang Uk-Jin
Kang Uk-Jin3:43
5."Best Friend" ("Kawan Baik")
  • B.I
  • Lee Jung-hyun
  • Future Bounce
  • Bekuh BOOM
  • B.I
Future Bounce3:50
6."Everything" ("Segalanya")
  • Psy
  • Yoo Gun-hyung
  • B.I
  • Psy
  • Yoo Gun-hyung
3:34
7."안아보자" ("Mari Peluk")
  • B.I
  • Bobby
  • B.I
  • Tablo
Tablo3:36
8."잊지마요" ("Jangan Lupa")
  • B.I
  • Bobby
  • Kim Joon
  • B.I
  • Kang Uk-jin
  • Diggy
  • Kang Uk-jin
  • Diggy
4:13


Runut bonus istimewa
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
9."시노시작" ("Mari Mulakan")
  • B.I
  • Bobby
  • B.I
  • Kang Uk-jin
Kang Uk-jin3:08
10."나를 사랑하지 않나요?" ("Tidakkah Kau Mencintaiku?")
  • B.I
  • Bobby
  • Kush
  • Choice37
  • B.I
  • Kush
  • Koo Jun-hoe
Choice373:28
11."Just Go" ("Pergi Sahajalah") B.I
  • Kang Uk-jin
  • B.I
Kang Uk-jin3:36
12."Long Time No See" ("Lama Tidak Berjumpa")
  • B.I
  • Bobby
Choice373:26
Jumlah masa: 42:44


  1. ^ eric_r_wirsing (27 Januari 2018). "[MV & Album Review] iKON – 'Return'" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. Dicapai pada 28 Januari 2018.
  2. ^ Chester Chin (2 Mac 2018). "'Return': What an iKON-ic K-pop comeback" (dalam bahasa Inggeris). star2.com. Dicapai pada 24 April 2018.
  3. ^ "iKON、熱狂のツアーファイナルでファンに接近 Wアンコールまで全力25曲<セットリスト>" (dalam bahasa Jepun). Model Press. 27 Oktober 2016. Dicapai pada 27 Oktober 2016.
  4. ^ "iKON、アンコール公演<iKON JAPAN TOUR 2016~2017>開催決定" (dalam bahasa Jepun). Japan Music Network. 14 November 2016. Dicapai pada 14 November 2016.
  5. ^ "iKON(アイコン)、大好評のアリーナツアーを受けアンコール公演開催決定!" (dalam bahasa Jepun). TSUTAYA. 14 November 2016. Dicapai pada 14 November 2016.
  6. ^ Kim Mi-ji. "아이콘, 日투어 31만 3천명 동원…고베서 대미 장식" (dalam bahasa Korea). Xports News. Dicapai pada 13 November 2017 – melalui Naver.
  7. ^ Park Pan-suk (20 September 2017). "[뮤직톡톡] 아이콘, 다시 돌아온다..뮤직비디오 촬영 현장 공개" (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada 28 Januari 2018 – melalui Naver.
  8. ^ J. Lim (19 September 2017). "Yang Hyun Suk Teases iKON's Comeback With Sneak Peak Of New Music Video" (dalam bahasa Inggeris). Soompi. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  9. ^ mkim93 (26 Oktober 2017). "iKON say they plan on making a comeback soon" (dalam bahasa Inggeris). allkpop. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  10. ^ J.K (23 November 2017). "iKON's Donghyuk Shares Update On Comeback Plans" (dalam bahasa Inggeris). Soompi. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  11. ^ Kim Eun-ae (9 Disember 2017). "[단독] "YG남매 출격" 아이콘·블랙핑크, 내년 1월 가요계 컴백" (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  12. ^ J.K (28 Disember 2017). "Yang Hyun Suk Shares A Sneak Peek At iKON's Comeback MV" (dalam bahasa Korea). Soompi. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  13. ^ "iKON - 2nd ALBUM 'RETURN' TEASER FILM : DIRECTOR'S CUT". Laman YouTube iKON. 7 Januari 2018. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  14. ^ Jo Yoon-sun (6 Januari 2018). "공식] 아이콘, 정규 2집 'RETURN' 발매 확정…2년 만에 컴백" (dalam bahasa Korea). Chosun. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  15. ^ Yoon Sung-yeol (8 Januari 2018). "아이콘 '리턴' 18일 예약판매 시작..26일 오프라인 발매" (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 20 Januari 2018.
  16. ^ Kim Mi-ji (12 Januari 2018). "[공식] 아이콘, 25일 컴백 확정…"국내활동 집중할 것"" (dalam bahasa Korea). Xports News. Dicapai pada 28 Januari 2018.
  17. ^ "[OFFICIAL] iKON Confirmed to Make Comeback on January 25… "Will Focus on Promotion in Korea"" (dalam bahasa Inggeris). YG Life. 12 Januari 2018. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  18. ^ Kim Mi-hwa (13 Januari 2018). "아이콘, 2년만의 컴백..타이틀곡은 '사랑을 했다'" (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 28 Januari 2018.
  19. ^ "iKON Returns in 2 Years… Title Track 'LOVE SCENARIO'" (dalam bahasa Inggeris). YG Life. 13 Januari 2018. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  20. ^ Moon Wan-sik (16 Januari 2018). "싸이 끌고 타블로 밀고..아이콘, 'RETURN' 트랙리스트 공개" (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai pada 28 Januari 2018 – melalui Naver News.
  21. ^ Joo Hyun-woong (26 Januari 2018). "음원차트 올킬 '아이콘'…음원뿐 아니라 앨범도 관심 "팬들 위해 보너스 트랙도"" (dalam bahasa Korea). Global Economic. Dicapai pada 28 Januari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]