Rescue From Gilligan's Island
Rescue From Gilligan's Island | |
---|---|
Format | Drama TV |
Dibintangi oleh | Bob Denver Alan Hale, Jr. Russell Johnson Jim Backus Natalie Schafer Judith Baldwin |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 95 min |
Penyiaran | |
Siaran asal | 14 Oktober 1978 |
Rescue From Gilligan's Island merupakan kesinambungan kepada cabaran yang berlaku terhadap enam orang yang berjaya diselamatkan setelah terdampar di sebuah pulau.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Gilligan... Bob Denver
- Skipper...Alan Hale Jr.
- Mr. Howell...Jim Backus
- Mrs. Howell...Natalie Schafer
- Ginger Grant...Judith Baldwin
- Professor...Russell Johnson
- Mary Ann...Dawn Wells
Jalan Cerita
[sunting | sunting sumber]Cerita ini kembali kepada 15 tahun selepas krew dan penumpang kapal S. S. Minnow terdampar di sebuah pulau iaitu Gilligan’s Island kira-kira pada tahun 1978.
Menyedari keunikan logam yang boleh digunakan untuk membuat barometer (alat pengukur tekanan udara), Professor (Russell Johnson) dengan pantas mengetahui bahawa gelombang ombak surut dan naik boleh menyebabkan kehancuran pulau. Dengan pantas semua yang terselamat bertindak merancang untuk meneguhkan salah satu teratak sebagai perlindungan.
Keesokan pagi, mereka menyedari bahawa teratak mereka telah hancur dan sekarang mereka membina rakit. Mereka menggunakan pakaian mereka untuk dijadikan layar, dan cuba untuk mencari jalan untuk ke darat. Dalam usaha mencari makanan, Gilligan (lakonan Bob Denver) telah membuat api yang telah merebak sehingga ke rakit mereka. Mereka yang lain pada mulanya begitu marah dengan tindakan bodoh Gilligan akhirnya bersyukur apabila pengawal perairan Amerika Syarikat mengesan asap tersebut dan menyelamatkan mereka.
Setelah dihantar ke Hawaii, mereka keliru dengan cara hidup moden. Mereka diberitahu bahawa presiden ketika itu adalah Jimmy Carter, mereka telah terlepas sewaktu era pemerintahan presiden Richard Nixon dan Gerald Ford. Mereka cuba kembali kepada kehidupan asal mereka sebelum terdampar di pulau yang tidak berpenghuni (Gilligan’s Island). Walau bagaimanapun, mereka akhirnya bersetuju untuk bercuti di atas kapal persiaran..
Pada masa ini, Soviets mendapat tahu Gilligan telah mengambil sebuah cekera rakaman dari satelit mereka. Untuk itu, Soviets menghantar dua orang penyiast untuk cuba mendapatkan ia dari Gilligan dengan apa cara sekalipun.
Skipper (Alan Hale, Jr.) dan Gilligan merasa sukar menguruskan SS Minnow II. Walau bagaimanapun, syarikat insurans memberitahu bahawa tidak akan mendapat pampasan melainkan bekas-bekas penumpang kapal SS Minnow I memperakui bahawa kejadian kapal karam adalah bukan kesalahan Skipper.
Mula-mula mereka menemui Ginger (dipegang oleh Judith Baldwin). Beliau sedang membuat filem dan berasa berang dengan perubahan Hollywood dalam masa 15 tahun. Beliau memberitahu bahawa adengan seks dan bersumpah menjadikan filem-filem berjaya di pasaran. Setelah mendapat perakuan Ginger, mereka mendapatkan Professor.
Professor cuba membuat penyelidikan dan memberitahu bahawa kesemua eksperimen yang dia cuba dilakukan telah pun dilakukan oleh orang lain sewaktu mereka terdampar di pulau dahulu. Dekan kolej cuba menghentikan Professor dari melakukan penyelidikan dan meminta beliau menumpukan kepada meningkatkan derma. Mereka bertiga bersetuju bahawa ia adalah lebih mudah ketika berada di pulau dahulu.
Kemudian mereka bertemu dengan pasangan Howells (lakonan Jim Backus dan Natalie Schafer). Mereka sedang mengadakan makan malam bersama teman-teman mereka dan cuba mencari jalan untuk mengembalikan kekayaan dan kehidupan sosial mereka. Sewaktu bertemu dengan Skipper dan Gilligan, pasangan tersebut mendengar rakan-rakannya mencela Skipper dan Gilligan.
Akhirnya Skipper dan Gilligan bertemu dengan Mary Ann (lakonan Dawn Wells. Mary Ann telah berkahwin dengan tunangnya. Namun beliau agak sedih kerana beberapa perkara, dan kawan baiknya cuba memujuk beliau. Beliau menjemput Skipper dan Gilligan ke majlis perkahwinannya dan berjanji akan menandatangani setelah majlis tersebut tamat. Rakan baik Mary Ann menceritakan bahawa dia dan tunang Mary Ann telah jatuh cinta 15 tahun yang lalu tetapi tidak tahu bagaimana mahu menceritakannya kepada Mary Ann. Skipper dan Gilligan cuba untuk membuat kacau pada majlis tersebut, dan Mary Ann menyedari bahawa perkahwinan itu merupakan satu kesilapan. Dia menandatangai kenyataan tersebut dan bersetuju untuk bertemu dengan mereka di atas kapal persiaran.
Sepanjang itu juga dua orang penyiasat Soviet cuba untuk mencari jalan untuk mendapatkan cekera terbabit setelah beberapa kali gagal berbuat demikian.
Akhirnya pihak dari syarikat insuran membayar pampasan kepada SS Minnow. Para penumpang dan krew kapal SS Minnow II. Para penyiasat tersebut cuba membuat usaha terakhir untuk mendapatkan cakera terbabit tetapi dihalang oleh FBI pada saat-saat akhir.
Walau bagaimanapun, SS Minnow II mendapat nasib yang sama seperti SS Minnow apabila karam disebabkan oleh ribut. Keesokan paginya mereka gembira apabila mendapati bahawa mereka telah selamat dan terdampar di sebuah pantai. Walau bagaimanapun mereka menyedari bahawa mereka telah terdampar di pulau yang sama yang telah mereka habiskan selama 15 tahun.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Gilligan's Island |
|
---|---|
List of episodes | |
Pelakon | Bob Denver (Gilligan), Alan Hale Jr. (The Skipper), Russell Johnson (Professor), Tina Louise (Ginger Grant) Dawn Wells (Mary Ann Summers), Jim Backus (Thurston Howell III), Natalie Schafer (Lovey Howell) |
Drama TV | Rescue From Gilligan's Island, The Castaways on Gilligan's Island, The Harlem Globetrotters on Gilligan's Island |
Kartun | The New Adventures of Gilligan, Gilligan's Planet |
Lain-lain | S. S. Minnow, The Adventures of Gilligan's Island (video game), The Real Gilligan's Island, Gilligan's Wake |
Krew | Sherwood Schwartz, Jack Arnold, William Froug, Gerald Fried, Richard Donner |