Pergi ke kandungan

Renungan di Bukit Chandu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Renungan di Bukit Chandu
رنوڠن د بوكيت چندو
Reflections at Bukit Chandu
Muka bangunan pusat
Map
Peta menunjukkan lokasi Renungan di Bukit Chandu
Peta menunjukkan lokasi Renungan di Bukit Chandu
Lokasi pusat
Maklumat am
Ditubuhkan15 Februari 2002
Maklumat pentadbiran
PemilikArkib Negara Singapura
Maklumat geografi
Negara Singapura
Lokasi
Bukit Chandu, Pasir Panjang Road
Koordinat1°16′47″N 103°47′39″E / 1.2796644°N 103.7941687°E / 1.2796644; 103.7941687Koordinat: 1°16′47″N 103°47′39″E / 1.2796644°N 103.7941687°E / 1.2796644; 103.7941687
Maklumat pelawat
Tempat letak kereta terdekat
Tempat letak kereta C dan D di Pepys Road[1]
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Renungan di Bukit Chandu adalah sebuah pusat penceritaan Perang Dunia II yang dibangunkan dan diuruskan oleh Arkib Negara Singapura dan ia terletak di Bukit Chandu, Pasir Panjang Road di Singapura.

Pusat tersebut dibuka secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tony Tan pada 15 Februari 2002. Tarikh tersebut juga menandakan ulang tahun kejatuhan Singapura pada tahun 1942.[2]

Bukit Chandu merupakan salah satu tapak berlakunya pertempuran Pasir Panjang pada Februari 1942 sebelum British menyerahkan Singapura kepada Jepun pada 15 Februari. Pertempuran itu berlaku selama dua hari sebelum penyerahan kalah. Peristiwa tersebut memperlihatkan Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh para pegawai Melayu dan British yang mempertahankan bahagian barat Singapura, dipaksa untuk berundur ke bukit. Selama 48 jam, kompeni C Rejimen Askar Melayu Diraja dan sebilangan kecil daripada batalion pertama dan kedua terlibat dalam salah satu pertempuran paling sengit di Singapura. Ramai tentera telah gugur di atas bukit tersebut. Mereka yang masih terselamat telah ditangkap dan dibunuh oleh pihak Jepun termasuklah platun ke-7, kompeni C dan komander batalion pertama Leftenan Adnan bin Saidi.[3]

Bangunan pusat tersebut merupakan sebuah banglo berwarna hitam dan putih dari era penjajahan yang terletak berhampiran dengan tapak di mana berlakunya pertempuran Pasir Panjang pada Februari 1942.[1] Ia telah dibina pada awal abad ke-20 untuk para pegawai kanan British.

Bangunan itu telah dipulihkan untuk memelihara struktur dan reka bentuk asalnya, mengekalkan gaya asal gerbang dan jendela tetapi bumbungnya telah diubah.

  1. ^ a b c "Reflections at Bukit Chandu" (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Warisan Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2015.
  2. ^ "How S'pore marks the day" (dalam bahasa Inggeris). 8 Februari 2002. m/s. 50 – melalui NewspaperSG.
  3. ^ Bay, Kristin (11 November 2006). "The Day Freedom Died". Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 April 2016 – melalui NewspaperSG.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]