Pergi ke kandungan

Regalia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Regalia (atau dipanggil alat kebesaran diraja) ialah perkataan jamak tantum Latin yang mempunyai definisi berbeza. Dalam satu definisi yang jarang disebut, ia merujuk kepada hak eksklusif seseorang raja . Perkataan ini pada asalnya merujuk kepada pakaian istiadat dan perhiasan rasmi diraja, tetapi sekarang perkataan ini lazimnya merujuk kepada apa-apa jenis pakaian istiadat dan perhiasan rasmi.

Raja Haakon VII dan Permaisuri Maud dari Norway bersama dengan alat kebesaran mereka[1] pada tahun 1906
Raja Oscar II dari Sweden, putera mahkota Gustaf (V) dan cucunya Gustaf (VI) Adolf memakai mahkota dan coronet dalam satu upacara kenegaraan sekitar 1900

Perkataan regalia berasal daripada kata nama Latin bagi kata sifat regalis, "regal", kata itu sendiri berasal dari rex, "raja". Ia kadangkala digunakan dalam bentuk tunggal, regale.[nota 1]

Dalam bentuk abstrak

[sunting | sunting sumber]

Istilah ini boleh merujuk kepada hak, prerogatif, dan keistimewaan yang dipegang secara eksklusif oleh mana-mana raja, tanpa mengira gelaran (maharaja, grand duke, dsb.). Contohnya ialah hak untuk mengeluarkan syiling, dan terutamanya syiling yang mempunyai imej sendiri. Dalam banyak kes, terutamanya dalam masyarakat feudal dan pada umumnya negara-negara yang lemah, hak-hak sedemikian lama-kelamaan dihakis oleh bantuan kepada, atau rampasan kuasa oleh, golongan abdi.

Definisi alat kebesaran diraja

[sunting | sunting sumber]

Alat kebesaran dan perhiasan diraja merujuk kepada sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan, kedaulatan serta keabsahan diraja atau kesultanan. Alat kebesaran dan perhiasan diraja diwarisi turun-temurun dan digunakan dalam istiadat seorang raja atau sultan serta upacara rasmi yang lain. Institusi beraja mempunyai pelbagai jenis alat kebesaran diraja yang menjadi simbol kedaulatan raja dan negeri/negara yang diperintah. Setiap negeri/negara mempunyai alat kebesaran diraja yang berbeza. Alat kebesaran diraja ini direka dengan keunikan tersendiri dan dijaga rapi sejak dahulu hingga ke hari ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ The Royal Regalia at royalcourt.no

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan