Pergi ke kandungan

Raut Suara (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raut Suara
راؤت سوارا
A Silent Voice
Jepun聲の形
HepburnKoe no Katachi
PengarahNaoko Yamada
Lakon layarReiko Yoshida
BerdasarkanRaut Suara oleh
Yoshitoki Ōima
Dibintangi
SinematografiKazuya Takao
Muzik olehKensuke Ushio
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShochiku
Tarikh tayangan
17 September 2016 (JP)
20 April 2017 (MY)
Masa tayangan
129 minit[1]
NegaraJepun
BahasaBahasa Jepun
Bahasa Isyarat Jepun
Pecah panggung¥2.3 bilion
(AS$19.56 juta)

Raut Suara (Jepun: 聲の形, Hepburn: Koe no Katachi), juga dikenali dengan tajuk antarabangsanya: A Silent Voice, merupakan sebuah filem Jepun yang berdasarkan manga dengan tajuk yang sama karya Yoshitoki Ōima. Filem ini dihasilkan oleh Kyoto Animation; diarahkan oleh Naoko Yamada; skrip dan lakon layar dihasilkan oleh Reiko Yoshida; penghasilan reka bentuk watak oleh Futoshi Nishiya; dan muzik oleh Kensuke Ushio. Filem ini ditayangkan di Jepun pada 17 September 2016 dan di Malaysia pada 20 April 2017.

Ishida Shōya pelajar sekolah menengah tinggi tahun tiga berumur 18 tahun, berjalan kaki melalui sebuah jambatan merentasi sungai lalu mencuba terjun dari jambatan tersebut untuk mencuba membunuh diri. Shōya ingat kembali zaman sekolah rendah semasa tahun enam. Ketika itu guru kelasnya memperkenalkan seorang murid baru bernama Nishimiya Shōko merupakan seorang kehilangan upaya mempunyai masalah pendengaran dan percakapan. Shōya mula membuli Shōko kerana mengganggunya, mengejek Shōko kerana kehilangan upaya dan juga membuang alat pendengarannya keluar dari tingkap. Shōko cuba berkawan dengan rakan sekelasnya tetapi Ueno Naoko mengetuai perempuan kelasnya lain tidak ingin berkawanya. Guru-guru dan kawan-kawan Shōya tidak campur tangan dalam kes buang alat pendengaran walaupun Shōko menjadi saksi. Suatu hari, Shōya membuang alat pendengaran Shōko menyebabkan telinganya berdarah. Selepas insiden tersebut, guru besarr bertanya sama ada Shōko sedang dibuli. Guru Shōya meminta Shōya untuk berdiri dan mengaku dia bersalah. Apabila Shōya meminta kawan-kawannya yang bersubahat mengaku bersalah, mereka buat-buat tidak tahu. Ibu Shōya bernama Ishida Miyako menyuruh Shōya meminta maaf kepada Nishimiya dan Shōya merasa bersalah kerana ibunya sanggup gadaikan barang kemasnya untuk membayar kos semua alat bantu pendengaran sebanyak 1,700,000 yen. Beberapa hari kemudian, Shōko berpindah ke sekolah lain, rakan sekelasnya tidak mahu berkawan Shōya.

Shōya cuba pulihkan hubungan persahabatan Shōko tetapi menempuh beberapa cabaran dilalui.

Pelakon suara

[sunting | sunting sumber]
Watak Pelakon suara
Ishida Shōya (石田将也, Ishida Shōya) Miyu Irino[2]
Mayu Matsuoka (pelajar sekolah rendah)[3]
Nishimiya Shōko (西宮硝子, Nishimiya Shōko) Saori Hayami[2]
Nishimiya Yuzuru (西宮結絃, Nishimiya Yuzuru) Aoi Yūki[3]
Nagatsuka Tomohiro (永束友宏, Nagatsuka Tomohiro) Kenshō Ono[3]
Ueno Naoka (植野直花, Ueno Naoka) Yūki Kaneko[3]
Sahara Miyoko (佐原みよこ, Sahara Miyoko) Yui Ishikawa[3]
Kawai Miki (川井みき, Kawai Miki) Megumi Han[3]
Mashiba Satoshi (真柴智, Mashiba Satoshi) Toshiyuki Toyonaga[3]
Shimada Kazuki (島田 一旗, Shimada Kazuki) Ryo Nishitani
Sachiko Kojima (pelajar sekolah rendah)
Hirose Keisuke (広瀬 啓祐, Hirose Keisuke) Takuya Masumoto
Hana Takeda (pelajar sekolah rendah)
Takeuchi (竹内) Fuminori Komatsu
Ishida Miyako (石田 美也子, Ishida Miyako) Satsuki Yukino
Nishimiya Yaeko (西宮 八重子, Nishimiya Yaeko) Akiko Hiramatsu
Adik Shōya (将也の姉, Shōya no Ane) Ayano Hamaguchi
Ishida Maria (石田 マリア, Ishida Maria) Erena Kamata
Nishimiya Ito (西宮 いと, Nishimiya Ito) Ikuko Tani
Pedro (ペドロ, Pedoro) Ryunosuke Watanuki
  1. ^ Green, Scott (7 Ogos 2016). ""A Silent Voice" Anime Movie Listed For Over Two Hours". Crunchyroll. Dicapai pada 10 Ogos 2017.
  2. ^ a b "A Silent Voice Anime Film Stars Miyu Irino, Saori Hayami". Anime News Network. 27 Mei 2016. Dicapai pada 10 Ogos 2017.
  3. ^ a b c d e f g "A Silent Voice Anime Film Reveals Trailer, More Cast, New Visual". Anime News Network. 8 Julai 2016. Dicapai pada 10 Ogos 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]