Pergi ke kandungan

Rasa (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rasa
Kulit majalah Rasa sebagai hiasan sahaja.
KategoriMasakan
KekerapanBulanan
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webrasa.my

Majalah Rasa merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan majalah khusus untuk masakan dan diterbitkan secara bulanan. "Ekspresi sajian dan selera Malaysia" merupakan motto bagi majalah ini.

Majalah Rasa merupakan sebuah majalah bagi mereka yang berada dalam bidang masakan atau meminati bidang makanan dan makanan tempatan. Ia membongkar kehebatan masakan tradisi dan tidak lupu juga memperkenalkan masakan moden pada peringkat antarabangsa. Rasa dikeluarkan setiap bulan dan sesuai bagi kalangan suri rumah, wanita berkarier, pelajar, dan pengamal bidang masakan.

Majalah ini berharga RM6.90 di Semenanjung Malaysia dan RM7.90 di Sabah/Sarawak. Ia diterbitkan oleh Ultimate Pages Sdn Bhd dan dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd, di bawah naungan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]