Pergi ke kandungan

Rapsodi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rapsodia (Bahasa Yunani Kuno: ῥαψῳδία, rapsōidia, bahasa Inggeris: rhapsody dimelayukan kepada rapsodi) adalah wiracarita dikarang dan dipersembahkan penglipur lara khusus (ῥαψῳδός rhapsōidos turunan ῥαψῳδεῖν rhapsōidein lakuran ῥᾰ́πτω rháptō "menjahit" dan ᾠδή ōidḗ "lagu"[1][2]) yang wujud dalam tamadun Yunani Purba.[3]

Para penyajak ini sering mempersembahkan karya Homeros (seperti Iliás dan Odýsseia)[3] malah juga sastera hikmat dan katalog puisi Hesiodos serta satir karya Archilochus atau karya lainnya. Tulisan Ion karya Aflatun yang merakam bualan Sukrat dengan seberapa penyajak sezamannya yang terkenal memberi maklumat teliti tentang seni ini.

Dalam muzik

[sunting | sunting sumber]

Ungkapan "rapsodi" dalam konteks muzik Barat abad ke-19 hingga abad pertama ke-20 (bahasa Jerman: Rhapsodie) diterap kepada karya instrumental atau vokal yang ditulis dalam gaya "improvisasi" yang bebas dan tidak sekata bentuknya[4][2] mencerminkan penggantian pelbagai episod pada bahan lagu rakyat yang menjadi tarikan di bawah pengaruh estetika romantisisme. Pada mulanya, rapsodi paling sering ditujukan untuk piano dan menyerupai fantasi mengenai tema rakyat (19 “Rapsodi Hungary” oleh Ferenc Liszt). Kemudian, rapsodi mendekati puisi (Johannes Brahms), persembahan untuk piano dan orkestra ("Rapsodi Ukraine" oleh Sergei Lyapunov, "Rapsodi bertema Paganini" oleh Sergei Rachmaninoff, Rhapsody in Blue oleh George Gershwin), serta kantata.[5]

Yang terkenal juga "Rapsodi Bohemian" ("Bohemian Rhapsody") - sebuah lagu oleh kumpulan rock Britain Queen dari album A Night at the Opera; ditulis oleh Freddie Mercury pada tahun 1975 [6].

  1. ^ Ridderstrøm, H. (2006). Tekstsamling I: litteraturhistorie: Litteraturhistoriske tekstpraksiser. Oslo: Høgskolen i Oslo
  2. ^ a b Rhapsodie“, dalam: Wolfgang Pfeifer dkk., Etymologisches Wörterbuch des Deutschen (1993), didigitalkan Wolfgang Pfeifer dalam Digitalen Wörterbuch der deutschen Sprache. Akademi Sains Berlin-Brandenburg. Diambil dari https://www.dwds.de/wb/etymwb/Rhapsodie pada Dis 30, 2024. "‘aus Einzelgesängen zusammengesetztes episches Gedicht’, allgemein ‘Sammelwerk’ (1. Hälfte 16. Jh.), ‘Tonstück in freier Form’ (19. Jh.)..."
  3. ^ a b Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Rhapsodist" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 23 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 231.
  4. ^ Rapsodi // Kamus Dewan. Edisi keempat. Kuala Lumpur: DBP, 2005, ms 1289
  5. ^ Taruskin, Richard. Music in the Late Twentieth Century. Oxford History of Western Music 6. Oxford and New York: Oxford University Press. 2009, p. 328
  6. ^ Matthew Horton. Queen: 20 Things You Probably Never Knew About ‘Bohemian Rhapsody’24th June 2015 [1]