Pergi ke kandungan

Rangkai-rangkai periuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lagu Rangkai-rangkai periuk ini dinyanyikan oleh kanak-kanak kecil di tepian Sungai Perak, Malaysia. Sebenarnya lagu ini dinyanyikan dalam loghat Perak atau bahasa Melayu Perak. Pengarang lagu ini tidak diketahui. Lagu ini mungkin dicipta oleh nenek moyang mereka dahulu dan diwarisi turun-temurun.

Lagu ini dinyanyikan oleh sekurang-kurangnya dua orang kanak-kanak yang berpegangan tangan dan duduk berhadap-hadapan. Semasa lagu ini dinyanyikan, kanak-kanak akan menggoyangkan badan ke kiri dan ke kanan seolah-olah rumah hendak tumbang. Pada pengakhiran lagu, kanak-kanak akan terbaring.

Lirik lagu

[sunting | sunting sumber]

Lirik pertama

[sunting | sunting sumber]

Rangkai-rangkai periuk
Periuk dari Jawa
Tersumbing sedikit
Terantuk tiang para
Oh adik oh abang
rumah kita nak tumbang
Entah ke hulu
Entah he hilir
Entah ke darat
Entah ke baruh
Rak rak belum lagi
Rak rak belum lagi
Rak rak belum lagi
Rak rak .....tumbang.

Lirik kedua

[sunting | sunting sumber]

cuk cuk canggung
canggung tepi kolam
mane pegi budak
mencedok ayor selabu
nak buat ape ayo
nak ngasah ladin
nak buat ape ladin
nak ngambik bemban
nak buat ape bemban
nak jolok bulan
nak buat ape bulan
nak bagi anak main
Oh adik oh abang
rumah kita nak tumbang
Entah ke keulu
Entah he kealor
Entah ke darat
Entah ke baruh
Rak rak belum lagi
Rak rak belum lagi
Rak rak belum lagi
Rak rak ......tumbang