Ran Danker
Ran Danker | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Khalil Danker[1] |
Kelahiran | Virginia, Amerika Syarikat[1] | 7 Januari 1984
Genre | Pop |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi peragawan |
Tahun aktif | 2007–kini (muzik) 2004–kini (filem) 2004–kini (televisyen) |
Laman sesawang | randanker.com |
Ran Danker (Ibrani: רן דנקר ; dilahirkan dengan nama Khalil Danker[1] pada 7 Januari 1984) ialah seorang pelakon, penyanyi dan peragawan Israel. Dia adalah anak kepada pelakon Israel, Eli Danker. Dia telah menyanyikan lagu-lagu seperti "אני אש" ("I am Fire"). Dia juga membintangi siri hit Israel HaShir Shelanu. Ran Danker juga membintangi filem Israel 2009 Eyes Wide Open sebagai pelajar Yeshiva Ezri yang menaruh perasaan terhadap seorang lelaki Yahudi ortodoks yang sudah berumahtangga, Aaron (Zohar Strauss).
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Danker dilahirkan di Virginia, Amerika Syarikat.[1] Dia pergi ke Israel bersama ibunya ketika berusia dua tahun. Dia membesar di kejiranan Bavli di Tel Aviv. Sepanjang tempoh itu, dia menjadi anggota koir kabilah Ha-Horesh bagi Pergerakan Pengakap Lelaki dan Perempuan Israel. Menjelang tahun persekolahan menengah rendahnya, Ran dan ibunya berpindah ke Poleg, Netanya. Antara sekolah menengah dan khidmat tenteranya, Ran terlibat dalam beberapa iklan TV: promo bagi Channel 10; iklan bagi Bank Leumi; dan syarikat telefon selular Cellcom. Semasa remaja, Ran pernah menjadi budak penghantar bagi Domino's Pizza di Netanya.[2]
Karier
[sunting | sunting sumber]Dia membintangi Restless pada tahun 2008 dan dari tahun 2004, tiga musim dalam siri TV muzikal hit HaShir Shelanu (Our Song). Dia juga terlibat dalam dua buah rancangan kanak-kanak, produksi muzikal bagi The Sound of Music di Tel Aviv dan kemudiannya di Haifa dan Festigal (sebuah festival lagu Hanukkah tahunan) pada tahun 2004 dan 2005.[2] Dia juga menjadi peragawan bagi Diadora.[2]
Dalam The Sound of Music, dia memegang watak Rolf, posmen Nazi yang jatuh cinta dengan Liesl, anak perempuan sulung keluarga von Trapp. Ran membuat persembahan dalam 40 persembahan sehingga dia beralih ke Festigal 2005.
Dia terlibat dalam hubungan publisiti dan putus hubungan dengan rakan bintang HaShir Shelanu, Ninet Tayeb. Danker juga menyumbang suaranya untuk watak utama dalam movie animasi Walt Disney's, Chicken Little
Pada tahun 2007, dia keluar dengan album debutnya, Shavim (Hebrew: שווים, "equal") bersama pemain gitar Ilai Botner.
Dia digambarkan sebagai "buah hati",[3] dan sebagai seorang daripada dua orang bintang lelaki paling diperkatakan di Israel (bersama-sama Yehuda Levi).[2]
Dia memegang watak utama sebagai seorang kekasih gay bersama pelakon Zohar Strauss dalam filem drama Israel 2009 Eyes Wide Open[4]
Pada tahun 2008, dia memulakan penggambaran drama muzikal harian "Danny Hollywood" yang memulakan musim kedua tidak lama dahulu. Danker memegang watak utama, Danny. Rancangan itu menyentuh pengembaraan masa.
Pada tahun 2011, dia memulakan penggambaran drama mingguan "Gordin Cell", yang mula ditayangkan pada Januari 2012. Danker memegang watak utama, Eyal"Alik" Dordin.
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 2005, Ran memenangi Anugerah Layar Emas sebagai pelakon terbaik, bagi wataknya dalam Our Song. Pada Januari 2006, dia memenangi Anugerah Saluran Kanak-kanak bagi kategori yang sama.
Juga, pembaca diges TV popular "Pnai Plus" menganugerahkannya sebagai pelakon tahun itu pada tahun 2006,[2] dan calon suami idaman pada tahun 2007.[5]
Filmografi
[sunting | sunting sumber]- Rabies (2010)
- Festigal (2004, 2005)
- HaShir Shelanu (2004–2007)
- Restless (2008)
- Danny Hollywood (2008–2009)
- Eyes Wide Open (2009)
- Gordin Cell (2012)
Diskografi
[sunting | sunting sumber]- Shavim (2007)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Levi Musan, Lital. "Ran Danker" (dalam bahasa Hebrew). Bamarom.co.il. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-23. Dicapai pada June 27, 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d e Ran and Yehuda: An unavoidable war, Raviv Golan, Ynetnews, July 2, 2006
- ^ Celebrity Grapevine, Jerusalem Post, Greer Fay Cashman, March 5, 2006
- ^ the film "Eyes Wide Open" in IMDB
- ^ Israel's most eligible bachelors, Ynetnews, Hagit Ginsburg, February 14, 2008
Pautan luaran
[sunting | sunting sumber]- Ran Danker di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Tapak web rasmi (Inggeris)
- Tapak web rasmi (Ibrani)
- Rencana yang memerlukan perapian dari June 2011
- Semua laman yang memerlukan perapian
- Rencana yang memerlukan perapian tanpa sebab dari June 2011
- Laman Wikipedia yang memerlukan perapian dari June 2011
- Halaman menggunakan kawalan kewibawaan dengan parameter berbeza pada Wikidata
- Kelahiran 1984
- Pelakon filem lelaki Israel
- Peragawan Israel
- Penyanyi lelaki Israel
- Pemuzik Israel
- Pelakon tv lelaki Israel
- Pelakon lelaki Yahudi Israel
- Peragawan Yahudi
- Pemuzik Yahudi
- Penyanyi Yahudi
- Orang hidup
- Orang dari Netanya
- Orang dari Tel Aviv
- Orang dari Virginia