Pergi ke kandungan

Ralat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang matematik dan matematik stokastik, ralat (Jawi: رالت serapan Arab: غَلَط, rumi: ghalaṭ "kesalahan; kesilapan";[1] bahasa Inggeris: error) ialah sumber variasi data yang tidak dapat dimasukkan ke dalam model. Dalam kesusasteraan statistik, ralat dikenali juga sebagai sesatan, pengotor, baki, residu, atau noise.

Pada suatu model data sederhana, masing-masing nilai pengamatan (pengamatan) dapat disemak semula menjadi rerata (mean) dan simpangannya (deviation). Di sini, ralat sama dengan simpangan. Ralat yang demikian ini disebut sebagai ralat pengamatan.

Dalam pengambilan contoh (sampel) data daripada suatu populasi, ralat diukur daripada penyimpangan nilai purata contoh daripada purata populasi. Ralat ini dikenali sebagai ralat pengambilan contoh (sampling error) atau ralat contoh sahaja.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 268. ISBN 967-65-7321-3.