Raja Sang Tawal
Raja Sang Tawal (Raja Abdullah) Putera kepada Raja Sakrantra (Raja Zainuddin), kemerupakan pemerintah terakhir kerajaan Jawaka yang menguasai Kelantan, Langkasuka dan Singgora. Pada zaman pemerintahan baginda dari tahun 1267 hingga 1339, kerajaan tersebut mengalami kejatuhan akibat serangan Sukhothai.
Berperang dengan Sukhothai
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1267, baginda memindahkan ibu negara dari Kelantan ke Phattalung yang terletak berhampiran Tambralinga untuk menghadapi ancaman Sukhothai. Dari tahun 1267, kerajaan Jawaka berperang dengan Sukhothai. Dalam Yuan Shih ada disebut tentang peperangan yang lama antara orang-orang Sien (Sukhothai) dan Ma-li-yu-eul/Ma-li-yu-erh (Melayu) dan oleh sebab itu, Maharaja Dinasti Yuan menghantar utusan kepada Raja Rama Khamheang (Sukhothai) pada 1294 M melarangnya untuk meneruskan peperangan itu.
...when a Thai envoy appeared at the Monggol court, a Chinese mission when with him on his return beraring an imperial order (from the Yuan Chinese Emperor) to Rama Khamheang: "Keep your promise and do no evil to the Ma-li-yu-er (Malay)".
Pada tahun 1294, sebuah sempadan pemisah telah dibuat di Petchburi-Ratchburi. Sempadan tersebut dibuat untuk memisahkan antara Jawaka dengan Sukhothai.
Namun pada tahun 1295, angkatan tentera Thai yang diketuai Raja Rama Khamheang telah menyerang kedudukan Raja Sang Tawal di Phattalung menyebabkan baginda memindahkan ibu negara ke Patani.
Puteri kepada Sang Tawal, Arduja Wijayamala Singa Cik Siti Wan Kembang I telah menubuhkan angkatan perang yang terdiri daripada balu dan wanita yang telah turut serta dalam peperangan tersebut dan berjaya memenggal kepala Raja Rama Khamheang. Arduja kemudiannya dianugerahi kawasan di selatan Kelantan untuk ditadbir pada tahun 1318.
Pada tahun 1325, Sukhothai akhirnya berjaya menewaskan Raja Sang Tawal. Baginda kemudiannya berundur ke Kelantan dan mangkat di sana.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Baginda mempunyai dua orang anak iaitu;
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Salasilah Raja-raja Kelantan dan Peristiwa-peristiwa Penting oleh Nakula
Didahului oleh Raja Sakrantra |
Raja Jawaka 1267-1339 |
Diikuti oleh: Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam |
Didahului oleh Raja Sakrantra |
Raja Jawaka (selatan Kelantan) 1267-1318 |
Diikuti oleh: Arduja |
- ^ Prof DGE Hall, A History of South East Asia, London Macmillian, 1955 Page 149.