Pergi ke kandungan

Raja Inal Siregar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Inal Siregar.

Raja Inal Siregar (5 Mac 1938-5 September 2005), adalah anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) Sumatera Utara dilahirkan di Medan, meninggal dunia dalam kecelakaan kapal terbang Mandala di Medan. Beliau pernah menjawat jawatan Gabenor Sumatera Utara (1988-1998). Beliau meninggal dunia bersama dengan penggantinya iaitu Rizal Nurdin, dan anggota-anggota DPD asal Sumatera Utara lainnya iaitu Abdul Halim Harahap.

Kecelakaan nahas itu juga menyebabkan lebih 100 orang penumpang, anak kapal dan penduduk di sekitar lokasi kejadian terkorban. Pesawat jenis Boeing 737-200 produksi tahun 1981 bernombor penerbangan RI-091 yang membawa 94 penumpang dan lima anak kapal tersebut jatuh dan meletup di Jalan Jamin Ginting, kawasan Padang Bulan, Kota Medan, Sumatera Utara (Sumut), sesaat setelah berlepas landas dari Lapangan Terbang Polonia pukul 10.06 WIB. Pesawat itu dijangkakan akan bertolak ke Jakarta melalui Padang.