Pergi ke kandungan

Raja Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Hitam
Pembesar Melayu Terakhir Negeri Selangor
Fail:-
-
Pembesar Melayu Terakhir Negeri Selangor
Pemerintahan1740an- 1800an
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Hitam
Diikuti olehRaja Hitam ibni Raja Yunus ibni Raja Usoh ibni Sultan Ibrahim
KeputeraanRAJA HITAM
-
- Selangor
Kemangkatan-
Perak
Pemakaman-
SEBERANG KOTA , PERAK
Isteri
  • Dasimah
AnakandaRaja Hassan ibni Raja Hitam ,

Raja Tahir ibni Raja Hitam , Raja Ja'afar ibni Raja Hitam , Raja Nuteh ibni Raja Hitam , Raja Chik ibni Raja Hitam ,

Raja Enson ibni Raja Hitam.
Nama diraja
Islam
KerabatKERABAT RAJA SELANGOR
WangsaCicit Sultan Ibrahim selaku Sultan Kedua Negeri Selangor
AyahandaRaja Yunus ibni Raja Usoh ibni Sultan Ibrahim

Bila kemangkatan Sultan Muhamad (Sultan Selangor ke-3), Ampuan Raja Basik meminta agar Raja Usoh bin Sultan Ibrahim menjadi wakil Sultan untuk negeri Selangor.[1]

Namun setiap zaman ada politiknya, Raja Abdul Samad di angkat menjadi wakil Sultan.

Maka Raja Usoh pun bersama keluarganya ke Bernam kerana bapa mertuanya Tunku Habib ada di Bernam.

Raja Usoh ini berkahwin dengan anak Tunku Habib bernama Tunku Andak. Anak mereka bernama Raja Yunos (Raja Unos) dan Raja Hawa.

Raja Yunos ini mempunyai anak yang bernama Raja Hitam, Raja Nordin, Raja Abidin, Raja Mat Aris, Raja Arifin. Tunku Habib ni juga mempunyai anak bernama Raja Salim.

Apabila Raja Onus meninggal dunia, maka puteranya yang sulung iaitu Raja Hitam dengan dipersetujui oleh semua saudaranya telah menggantikan tempat Raja Onus.[2]

Beliau telah memilih tempat tinggalnya di sebelah Negeri Selangor dan mendirikan kota yang dikenali dengan nama Kota Raja Hitam. Tempat tersebut pernah dikenali juga dengan nama Istana Hinggap Sultan Selangor.

Raja Hitam telah beristerikan seorang wanita bernama Dasimah dan mereka mendapat beberapa orang putera dan puteri iaitu Raja Tahir, Raja Ja'afar, Raja Nuteh, Raja Chik dan Raja Enson. Raja Tahir, Raja Ja'afar dan Raja Chik telah meninggalkan beberapa orang anak laki-laki dan perempuan.

Apabila Raja Hitam menggantikan Raja Onus, maka Raja Hitam telah melantik saudaranya Raja Indut menjadi Majistret untuk membicarakan jika ada kes-kes untuk dibicarakan. Semasa pentadbiran Raja Hitam, Residen British Negeri Selangor telah beberapa kali memujuk Raja Hitam agar bersetuju supaya Sabak Bernam diletakkan di bawah pentadbiran Inggeris di Negeri Selangor, tetapi permintaan ini telah ditolak oleh Raja Hitam.

Semasa Raja Lumun (Lumu) diberi gelaran Yang Di Pertuan Selangor yang pertama oleh Sultan Perak ialah dalam tahun 1756.

Pada tahun berkenaan di Sabak Bernam telah ada penduduknya.

Diantaranya menyebut Sabak Bernam ketika itu telah ada seorang ketua penduduk bernama Raja Inu yang merupakan kaum kerabat Kesultanan Perak.

Setelah Raja Lumu bergelar Sultan Salehuddin Shah,

barulah Sabak Bernam diletakan bawah kuasa baginda.

Kejayaan Sultan Ibrahim menghalau Belanda dalam Perang Bukit Malawati,

membolehkan baginda mentadbir semula Kuala Selangor.

Sultan Ibrahim bersemayam di sana sementara adindanya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Kota Tanjung tidak jauh dari situ.

Salah seorang putra Sultan Ibrahim ialah bernama Raja Unos bersama seorang temannya bernama Haji Ali memerintah dan memungut cukai di Kuala Sungai Bernam dan membina sebuah kota Istana di seberang Perak.

Tempat tersebut di kenali dengan nama kampung Kota hingga ke hari ini.

Raja Unos ini di katakan juga mempunyai lima orang putra iaitu Raja Hitam, Raja Indot, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.

Apabila Raja Unos mangkat, puteranya Raja Mat Aris menggantikannya di Seberang Kota sementara Raja Hitam mendirikan kota di Sabak Bernam serta dihias dengan beberapa pucuk meriam dan lela.

Malangnya semua kesan-kesan ini telah hilang entah ke mana.

Keadaan ini menjadi kedua mereka sentiasa berulang alik dengan menaiki perahu antara Sabak Bernam dengan Seberang Kota.

Kebanyakan arahan-arahan semuanya datang dari Raja Hitam, Raja Mat Aris dan Raja Indut.

Dalam hal inilah menyebabkan pentadbiran Sabak Bernam semakin kuat dan Raja Mat Aris menganggap Sabak Bernam merupakan sebuah negeri yang merdeka dan tidak masuk bernaung atau taklukan mana-mana Sultan.

Tambahan pula Raja Hitam yang berada di seberang Sabak Bernam merupakan seorang pemerintah yang cekap dan berwibawa.

Semasa Negeri Selangor di bawah kuasa Sultan Abdul Samad telah beberapa kali baginda mengirim utusan ke Sabak Bernam untuk meminta cukai tetap kesemua itu, telah mendapat tentangan yang hebat dari Raja Hitam.

Sementalahan pula Negeri Selangor dalam keadaan huru-hara kerana tentangan dari Raja Mahadi dan para pengikutnya yang setia berdepan dengan Pakatan Raja Abdullah dan Tengku Kudin.

Mengikut sejarah Selangor,

Raja Mahadi pernah mendapat bantuan dari Raja Hitam di Sabak Bernam untuk menentang Tengku Kudin serta menyerang dan menakluki Kuala Selangor.

Raja Musa putera Sultan Abdul Samad yang berkuasa di Kuala Selangor telah pergi menemui ayahandanya di Langat.

Hasrat Raja Musa untuk menghalau Raja Mahadi yang mendiami Kuala Selangor itu tidak dapat sokongan daripada ayahandanya.

Sultan Abd Samad meminta Raja Musa mengemukakan masalahnya itu kepada Tengku Kudin,

sedangkan antara keduanya adalah tidak sebulu.

Namun, Raja Mahadi terpaksa juga meninggalkan Kuala Selangor kerana tidak tahan menerima tentangan dari British dan dalam tahun 1871 Raja Musa balik semula mentadbir Kuala Selangor.

Dalam usaha untuk mendapatkan Sabak Bernam supaya duduk semula di bawah satu pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sentiasa gagal, ikhtiar demi ikhtiar,

akhirnya datanglah seorang pegawai Inggeris mewakili Sultan Abdul Samad dan British bernama Mr Roger berjawatan sebagai Penasihat Selangor yang baru mengadakan perundingan dengan Raja Hitam di Sabak Bernam.

Pertemuan ini akhirnya membuahkan hasil yang baik.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Laman utama

Sabak Bernam Bersejarah

Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam

Terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh dijumpai hingga hari ini, iaitu di kawasan yang dikenali sebagai keramat-keramat berikut :

  1. Keramat Pantai Landu;
  2. Keramat Kemboja;
  3. Keramat Lubuk Pusing;
  4. Keramat Sepong;
  5. Keramat Kanji; dan
  6. Keramat Teluk Rubiah.

Kesemua mereka dipercayai meninggal dunia di tempat yang berbeza dalam Daerah Sabak Bernam. Ada pendapat mengatakan, setiap  seorang daripada mereka meninggal dunia di Ulu Bernam, Pantai Landu, Seberang Kota, Sungai Langatau Tanjung Medan, Keranji dan Pantai Kampung Kemboja. Sebab kedatangan mereka pula tidak diketahui. Seorang daripada mereka yang tiba di Keranji telah dianggap pahlawan oleh penduduk kampung itu kerana membantu penduduk menentang orang-orang Aceh yang datang menyerang Keranji.

SEJARAH RINGKAS DAERAH SABAK BERNAM


Mengikut apa yang telah dapat dikumpulkan daripada orang-orang tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan 'Sahabat Berenam'. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat seramai enam (6) orang yang bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Sungguhpun kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan, namun terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh dijumpai hingga hari ini, iaitu di kawasan yang dikenali sebagai keramat-keramat berikut :

  1. Keramat Pantai Landu;
  2. Keramat Kemboja;
  3. Keramat Lubuk Pusing;
  4. Keramat Sepong;
  5. Keramat Kanji; dan
  6. Keramat Teluk Rubiah.

Kesemua mereka dipercayai meninggal dunia di tempat yang berbeza dalam Daerah Sabak Bernam. Ada pendapat mengatakan, setiap  seorang daripada mereka meninggal dunia di Ulu Bernam, Pantai Landu, Seberang Kota, Sungai Langatau Tanjung Medan, Keranji dan Pantai Kampung Kemboja. Sebab kedatangan mereka pula tidak diketahui. Seorang daripada mereka yang tiba di Keranji telah dianggap pahlawan oleh penduduk kampung itu kerana membantu penduduk menentang orang-orang Aceh yang datang menyerang Keranji.


Menurut cerita yang lain pula, nama Sabak Bernam diperolehi daripada satu peristiwa iaitu pada tahun 1880, terdapat seramai enam(6) orang iaitu terdiri daripada bekas pembesar Aceh dan Sumatera yang telah meninggalkan negeri masing-masing dan datang ke Tanah Melayu ini. Mereka berenam yang merupakan golongan pembesar dan bangsawan dikatakan melarikan diri akibat peperangan yang berlaku  di negara mereka. Mereka telah berpakat mengharungi Selat Melaka dan masuk ke kuala sebuah sungai,yang mana sebelum itu sungai tersebut masih belum ada namanya yang diketahui. Sungai ini kemudiannya dinamakan Sungai Bernam mangambil sempena jumlah enam (6) orang ketua yang menyertai pelayaran tersebut.


Mereka kemudiannya telah mudik ke hulu sungai tersebut. Dalam perjalanan untuk bermalam, mereka telah berjumpa dengan satu tempat yang sedikit tinggi seperti busut, maka disitulah mereka membuat pondok untuk berteduh. Untuk memasak makanan, mereka telah menebuk tanah untuk dijadikan sebagai tungku dapur. Maka dapur daripada tanah itulah dipanggil sebagai 'Sabak' mengikut bahasa mereka.


Oleh yang demikian, mengambil sempena peristiwa memasak makanan dengan dapur yang diperbuat daripada tanah itu, maka kawasan itu diberi nama 'Sabak' dan kerana mereka pula ada berenam orang, sungai yang menjadi laluan tersebut dinamakan 'Sungai Bernam' dan tempat mereka tinggal pula dinamakan 'Sabak Bernam'. Menurut cerita lagi, mereka yang berenam itu terdiri daripada:


(i)   Tuan Syed Ahmad;

(ii)  Tuan Sharifah Intan/Mastura;

(iii)  Tuan Sharifah Robiah;

(iv)  Tuan Haji Salim;

(v)   Datuk Dalang; dan

(vi)  Datuk Menteri.


Menurut sejarah orang dahulu pula, Sabak Bernam dikatakan telah wujud sejak tahun 1720 yang mana di masa itu Sabak Bernam berada dibawah pemerintahan Raja Muda Perak yang bergalar Raja Inu. Semasa itu, Putera Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan memerintah dari tahun 1778 hingga 1826, yang bernama Raja Onus bersama kaum keluarga dan isterinya telah berpindah ke Sabak Bernam dengan seorang sahabat karibnya bernama Haji Ali yang juga membawa keluarga dan isterinya. Raja Onus telah memilih tempat tinggal di tebing Sungai Bernam iaitu di sebelah Negeri Selangor. Raja Onus mempunyai putera seramai lima (5) orang iaitu Raja Hitam, Raja Indut, Raja Mat Aris, Raja Abidin dan Raja Nordin.

Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam

[sunting | sunting sumber]

Makam Raja Hitam di Seberang Kota, Perak


Pada peringkat awal sejarah Sabak Bernam ditulis hanya berdasarkan cerita lisan masyarakat setempat sahaja. Suatu masa dahulu Sabak Bernam pernah menjadi sebahagian daripada wilayah negeri Perak sebelum diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Pemerintah Daerah Sabak Bernam pada awalnya bertaraf raja iaitu, Raja Hitam ibni  Raja Yunos ibni Raja Usoh ibni Sultan Ibrahim. Raja Hitam merupakan sepupu kepada Sultan Abdul Samad dan cicit kepada Sultan Ibrahim.

Pada awal 1860an, banyak kawasan lembangan Sungai ditadbir oleh "anak raja" seperti Sungai Bernam di bawah Raja Hitam, Sungai Selangor di bawah Raja Musa, Sungai Jeram di bawah Raja Ali, Sungai Klang di bawah Raja Abdullah, Sungai Langat di bawah Sultan Abdul Samad, Sungai Lukut di bawah Raja Jumaat dan Sungai Raya di bawah Raja Sulaiman.

Raja Hitam merupakan pembesar Melayu terakhir, yang bertanggungjawab ke atas  Sabak Bernam sebelum diletakkan di bawah penguasaan kerajaan negeri Selangor oleh pihak British setelah British berjaya masuk campur hal ehwal pentadbiran negeri Selangor dengan menempatkan seorang Residen.

Kemangkatan - 1890an

[sunting | sunting sumber]

Setelah Sabak Bernam diletakkan di bawah tadbiran Negeri Selangor, pada tahun 1876, dalam surat bertarikh 13 haribulan Ogos, Residen British Selangor Bernama Kapten Bloomfield Douglas telah menulis surat kepada Raja Hitam yang berbunyi seperti berikut:[3]

"Surat daripada Kapten Bloomfield Douglas Residen British Negeri Selangor kepada Raja Hitam ibni Al-Mahrum Raja Yunus di Sabak Bernam bertarikh pada 13 haribulan Ogos 1876 mengenai peraturan baru untuk mengadakan pegawai orang putih Edward Neubroner memengang jawatan Collector of Land Revenue (Pemungut Hasil) Magistrate Police Sabak Bernam."

Dengan penerimaan surat tersebut, maka kuasa pemerintahan Raja Hitam di Sabak Bernam telah berakhir. Semasa pemerintahan Edward Neubroner, beliau telah membina sebuah Pejabat Kerajaan dan sebuah balai polis yang dianggotai oleh seramai dua (2) orang mata-mata sahaja pada mulanya.

Suatu surat akuan dari G.R. Rogers bagi pihak kerajaan Selangor dan Penasihat Selangor kepada pentadbir Sabak Bernam yang menyebut beberapa perkara di bawah ini :[4]

1. Mengakui dan mengesahkan bahawa Raja Hitam Ketua Penduduk Sabak Bernam.

2. Sabak Bernam sah masuk ke pentadbiran negeri Selangor.

3. Kerajaan Selangor akan memajukan Sabak Bernam dan rakyatnya

4. Jaminan memberi imbuhan persaraan dan elaun kepada Raja Hitam, Raja Mat Aris dan Raja indot.

Apabila Raja Hitam meninggal dunia, surat akuan kuasa ini diberikan kepada Raja Hassan, putera Raja Hitam. Berbekal surat ini Raja Hassan mendapat (memohon) jawatan Penghulu.

Disebabkan jawatan Penghulu itu adalah jawatan kerajaan yang membolehkan beliau bertukar ke daerah lain menyebabkan , pada suatu ketika Penghulu Raja Hassan ditukarkan ke Setapak Kuala Lumpur seterusnya meninggal di sana.

Sebelumnya Penghulu Raja Hassan meninggal dunia, berita kehilangan surat akuan kuasa ini telah tersebar ke kaum keluarga mereka.

Surat penting itu tidak ketemu lagi hinggalah ke hari ini.

Setelah Raja Indot meninggal dunia jawatan Hakim itu diteruskan tetapi disandang oleh bukan dari keluarga Raja Unos.

Diantaranya selepas Raja Indot meninggal dunia, jawatan itu disandang oleh Pegawai British seperti Mr Coope, Mr JA Eraser, Mr JC Bottoms, Mr D.H. Payne dan seterusnya.

  1. ^ Bersejarah, Sabak Bernam. "Kedaulatan Raja Hitam di Sabak Bernam". X-PLORASI. Dicapai pada 2024-11-09.
  2. ^ Tengkusyah (2012-06-25). "Maharum Bugis Syah (MBS): Sabak Bernam dan Raja Hitam". Maharum Bugis Syah (MBS). Dicapai pada 2024-11-09.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Sabak Bernam Sejarah Sabak Bernam". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2024-11-09.
  4. ^ Bersejarah, Sabak Bernam. "Sabak Bernam, Perang Klang dan Raja Hitam". X-PLORASI. Dicapai pada 2024-11-09.