Pergi ke kandungan

Raja Bendahara Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Amat Mulia Raja Bendahara Perak
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Fail:-
-
sejak -
-
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhta-
Penyandang pertamaRaja Alauddin
Penyandang terakhirRaja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul Azzam Shah
Pembentukan1750-an
Pemansuhan1958

Raja Bendahara Perak ialah sebuah jawatan diraja dalam Kesultanan Perak. Jawatan ini ialah penerus kepada jawatan Bendahara Perak yang sebelum ini diwarisi oleh waris keturunan Megat Terawis. Walau bagaimanapun, pada pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain, baginda telah melantik Raja Alauddin atau digelar Bendahara Penyengat Hitam sebagai Raja Bendahara.[1] Bermula daripada itu, jawatan ini disandang oleh kerabat diraja lebih 200 tahun sehingga penyandang terakhir, Raja Abdul Rashid mangkat pada 1958.

Kedudukan Raja Bendahara Perak dalam hierarki pewarisan takhta Perak ialah pewaris kedua tertinggi, di bawah Raja Muda Perak.[2]

Jawatan ini digantikan dengan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang kembali disandang oleh bukan kerabat diraja[1] dan menjadi salah seorang Orang Besar Empat dalam senarai Orang Besar Negeri Perak.

  1. ^ a b Jasbindar, Freddie Aziz (2019-02-06). "Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir". Dicapai pada 2023-10-02.
  2. ^ SembangKuala (2013-02-16). "Peranan Waris Negeri Perak Kepada Takhta Singgahsana Negeri". SembangKuala (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-02.