Rahimah Majid
Rahimah binti Majid (lahir pada 26 Februari 1978) ialah seorang peguam dan ahli politik bagi Negeri Sabah, Malaysia.
Penglibatan politik
[sunting | sunting sumber]Rahimah Majid memulakan penglibatan Politik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR[1], Ketua Wanita (PKR) Sabah[2][3][4], Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan Sabah[5] dan Ketua Wanita PKR Cabang Kudat [6].
Namun begitu, beliau telah dipecat sebagai ahli PKR , Majlis Pimpinan Pusat PKR, Ketua Wanita PKR Sabah dan Ketua Wanita PKR Cawangan Kudat pada 28 Jun 2020[7] . Dimana sebelumnya beliau merupakan diantara 4 pemimpin dan 285 ahli PKR yang digantung keanggotaan sementara pada 4 Mei 2020[8]. Pengantungan dan pemecatan Rahimah Majid berikutan peristiwa Langkah Sheraton[9][10] dimana beliau telah menyokong kepimpinan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin serta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar daripada PKR.
Pada 8 Januari 2022 Rahimah Majid telah dilantik sebagai Naib Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM)[11] dan pada 11 Jun 2022 beliau dilantik sebagai Pengerusi Parti Bangsa Malaysia (PBM) Sabah.[12] Pada 27 Disember, beliau bersama 12 ahli PBM lainnya telah dipecat.[13]
Kerjaya korporat
[sunting | sunting sumber]Rahimah Majid dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia[14] Pada 1 Oktober 2021[15][16][17][18] dan pernah dilantik menjawat sebagai Ahli Lembaga Pengarah - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia[19][20].
Lantikan Pegawai Khas
[sunting | sunting sumber]Rahimah Majid pernah dilantik sebagai Pegawai Khas Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia iaitu Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dari tahun 2018 hingga 2020[21][22].
Penglibatan persatuan
[sunting | sunting sumber]Rahimah Majid aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang jawatan sebagai ;
- Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kudat[23].
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, Rahimah Majid telah dicalonkan untuk bertanding bagi Parlimen Kudat[24]. Beliau merupakan calon dari (PKR) yang menentang calon BN iaitu Datuk Haji Abd Rahim Bakri[25].
Tahun | Kerajaan | Undian | Peratusan | Pembangkang | Undian | Peratusan | Jumlah Undi | Majoriti | Jumlah Pengundi Berdaftar | Peratus Keluar Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Rahimah Majid (PKR) | 9,507 | 26.83% | Abd Rahim Bakri (UMNO) | 21, 883 | 61.75% | 36,421 | 12,376 | 47,249 | 77.10% | ||
Jutirim Galibai Galabi (STAR) | 3,083 | 8.70% | ||||||||||
Mojurip Diyun (SAPP) | 963 | 2.72% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Sabah :
- Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - (2021)[29].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Senarai penuh anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR 2018-2021". www.bharian.com.my.
- ^ "Haniza berhasrat membawa sayap PKR ke arah lebih progresif dan dinamik". dayakdaily.com.
- ^ "Isu Jabatan Air Sabah jejas kredibiliti kerajaan negeri, kata PKR". www.freemalaysiatoday.com.
- ^ "Ahuar wajar diberi hak pertahan diri: Wanita PKR Sabah". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "Timbalan Wanita Pakatan Harapan Sabah dibentuk - Jannie Lasimbang jadi Ketua". www.borneotoday.net.
- ^ "PKR Cabang Kudat salur bantuan kepada mangsa kebakaran". www.utusanborneo.com.
- ^ "PKR pecat 5 pemimpin". www.bharian.com.my.
- ^ "348 ahli PKR dipecat langgar etika, disiplin parti". www.sinarharian.com.my.
- ^ "Kronologi desas desus perubahan kerajaan". www.mstar.com.my.
- ^ "Kronologi bersejarah peralihan Kerajaan PH ke PN". harakahdaily.net.
- ^ "Larry Sng dilantik Presiden PBM". www.astroawani.com.
- ^ "Parti Bangsa Malaysia lebar sayap ke Sabah". www.utusan.com.my.
- ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1044849/pbm-pecat-13-individu-termasuk-zuraida-nor-hizwan
- ^ "Rahimah Majid dilantik Pengerusi LKM". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "Eksport biji, produk koko Malaysia cecah RM3.2 bilion". www.bharian.com.my.
- ^ "Hala tuju pembangunan koko dapat dicapai melalui PSLKM dalam tempoh lima tahun". sabahmedia.com.
- ^ "ORGANISATION CHART OF MALAYSIAN COCOA BOARD 1". www.koko.gov.my.
- ^ "ORGANISATION CHART OF MALAYSIAN COCOA BOARD 2". www.koko.gov.my.
- ^ "Laporan Tahunan (MIDA) Tahun 2020" (PDF). www.parlimen.gov.my.
- ^ "Pantau Kuasa - Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)". www.pantaukuasa.com.
- ^ "'Give women chance to be leaders' call". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "Hanya Pandangan peribadi Ketua Wanita PKR Sabah: Donol". beritasabah.com.
- ^ "PKN food aid for 120 Semporna families". www.dailyexpress.com.my.
- ^ "RAHIMAH MAJID". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "SENARAI CALON PKR DI SABAH PRU 13". kelapamawar.blogspot.com.
- ^ "KEPUTUSAN NEGERI SABAH PRU13". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum". resultpru13.spr.gov.my.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen". resultpru13.spr.gov.my.
- ^ "SENARAI NAMA PENERIMA PINGAT DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI JADI RASMI KE-68 TYT SABAH". sabahnews.com.my.