Karbon-14
Maklumat umum | |
---|---|
Simbol | 14C |
Nama | karbon-14, 14C, C-14, Radiokarbon |
Proton (Z) | 6 |
Neutron (N) | 8 |
Data nuklid | |
Kelimpahan semula jadi | 1 bahagian per trilion |
Separuh hayat (t1/2) | 5,730 |
Jisim isotop | 14.003241 Da |
Spin | 0+ |
Mod pereputan | |
Mod pereputan | Tenaga pereputan (MeV) |
Beta | 0.156476[1] |
Isotop Karbon Jadual nuklid lengkap |
Karbon-14, 14C, atau radiokarbon, adalah isotop radioaktif dari karbon dengan nukleus atom yang mengandungi 6 proton dan 8 neutron. Kewujudannya dalam bahan-bahan organik merupakan asas kepada kaedah pentarikhan radiokarbon yang dipelopori oleh Willard Libby dan rakan-rakannya pada tahun 1949 untuk tujuan pentarikhan sampel arkeologi, geologi dan hidrogeologi. Isotop ini ditemui pada 27 Februari 1940 oleh Martin Alvin dan Sam Ruben di Makmal Radiasi Universiti California di Berkeley, California. Kewujudannya telah disarankan oleh Franz Kurie pada tahun 1934.
Terdapat tiga isotop karbon yang wujud secara semulajadinya di Bumi: 99% daripada karbon ini ialah karbon-12, 1% daripadanya karbon-13, dan karbon-14 yang wujud dalam jumlah yang surih, yakni menghasilkan sekitar 1 atau 1.5 atom setiap 1012 atom karbon atmosfera. Kedua-dua isotop karbon-12 dan karbon-13 bersifat stabil manakala separuh hayat karbon-14 diukur selama 5,730±40 tahun.[2] Karbon-14 akan hilang lenyap ke dalam nitrogen-14 melalui pereputan beta.[3] Satu gram karbon yang mengandungi 1 atom karbon-14 per 1012 atom akan melepaskan ~0.2[4] arah beta sesaat. Sumber nuklear primer karbon-14 di bumi ialah tindakan sinaran kosmik terhadap nitrogen atmosfera —secara umumnya berpunca daripada pengujian nuklear secara terbuka antara tahun 1955 dan 1980 — maka isotop ini merupakan nuklid kosmogenik.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Waptstra, A.H.; Audi, G.; Thibault, C. "AME atomic mass evaluation 2003". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-23. Dicapai pada 2007-06-03.
- ^ Godwin, H. (1962). "Half-life of radiocarbon". Nature. 195 (4845): 984. Bibcode:1962Natur.195..984G. doi:10.1038/195984a0.
- ^ "What is carbon dating?". National Ocean Sciences Accelerator Mass Spectrometry Facility. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2007. Dicapai pada 11 Jun 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ (1 per 10^12) * (1 gram / (12 gram per mol)) * (Nombor Avogadro/mole) / ((5730 tahun) * (365.25 hari per tahun Julius) * (86400 saat sehari) / ln(2))
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) "What is Carbon Dating?" — Institusi Oseanografi Woods Hole