Raden Zaharatul
Raden Zaharatul | |
---|---|
Kelahiran | Raden Zaharatul Maisarah binti Afzzal Reehan 9 April 1999 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2018–kini |
Raden Zaharatul Maisarah binti Afzzal Reehan (lahir 9 April 1999) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan, beliau mendapat kejayaan komersial dengan menjadi salah seorang peserta rancangan Fit for Action di TV3 dan merangkul gelaran juara bagi kategori wanita.[1][2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Raden Zaharatul memulakan kerjaya lakonan dengan melakonkan watak tambahan dalam filem Busker (2018) arahan Syed Khairul Fariz lakonan Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Lia Natalia.[3] Namun beliau meninggalkan kerjaya lakonan untuk seketika kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajarannya.
Beliau menyertai rancangan realiti TV3 Fit for Action bersama 11 peserta lain. Beliau dinobatkan sebagai juara bagi kategori wanita, manakala Muaz Zabir menjadi juara bagi kategori lelaki.[4][5]
Selepas tamat rancangan itu, Raden kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan dan membintangi beberapa drama TV termasuk Mencari Kiblat Cinta, Inspektor Babyface dan Hawt Fellas.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Busker | Dirinya sendiri | Filem pertama; pelakon tambahan |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Mencari Kiblat Cinta | Liyana | TV Okey | Drama pertama |
Single Terlalu Lama | Syida | TV3 | ||
2022–2023 | Kerana Cinta Itu Ada | Dayyan | ||
2023 | Pemburu Rahsia | Bella | ||
Inspektor Babyface | Pika | TV2 | ||
2024 | Hawt Fellas | Flora | TV3 | |
Helo, Saya Anak Uncle! | Mira | |||
Mentua | Sherina | |||
Hai Cinta, Dengarkanlah | Nazilla | |||
2025 | Game Over Romeo | Tiya | Salam HD | |
Cinta Kedua | Bella Ammara | TV3 | ||
Oh Seragam Cinta | Cassandra | TV Okey |
Drama web
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Kuih Muah | Ruhana | Tonton | Drama pertama |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Hentian Gerik | Hana | Astro Warna | Telefilem pertama |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Fit for Action | TV3 | Peserta; juara |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Norhayati Nordin (4 November 2022). "'Seksi saya masih ada 'limit' - Raden Zaharatul". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ Norhayati Nordin (23 November 2022). "Raden cuba elak kontroversi, gosip". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
- ^ Hasif Idris (13 November 2022). "Raden kagumi Bront Palarae". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Januari 2023.
- ^ Amirul Asraf (9 Oktober 2022). "Muaz Zabir & Raden Rangkul Gelaran Juara Fit For Action". Oh Bulan!. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ Norhayati Nordin (3 Januari 2023). "Ruang seni Muaz, Raden". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2023.