Raba-raba
Raba-raba | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Keluarga: | Anacardiaceae |
Genus: | Mangifera |
Spesies: | M. griffithii
|
Nama binomial | |
Mangifera griffithii |
Raba-raba atau rawa (Mangifera griffithii sin. Mangifera macrophylla)[1] ialah spesies tumbuhan berbunga iaitu pokok buahan dalam keluarga pauh yang tempatan dari Asia Tenggara.[2]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Pokoknya tumbuh ke 30–40 m ketinggian dengan perdu 20 m. Daun bujurnya licin dan berkulit, 5–18 cm panjang dengan 3–7 cm lebar. Perbungaannya muncul menjadi ketiak daun atau bulir penghujung 10–25 cm, dengan bunga kecil keputihan. Buahnya adalah pepauh bulat hingga membujur 2.5–3.5 cm panjang dengan 1.5–2.5 cm lebar, kekuningan hingga dadu atau merah samar, kadang-kadang menjadi hitam keunguan apabila masak. Isinya jingga-kuning dan termakankan. Benihnya pula mempunyai endokarpa berserat yang berkulit.[2]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Spesies ini ditemukan di Semenanjung Melayu, Sumatera dan Borneo, di mana ia ditemukan di hutan pamah dipterokarpa campuran dan hutan paya lebih dari ketinggian 400 m. Ia turut kerap ditanam.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "raba-raba". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c Lamb, Anthony (2019). A guide to wild fruits of Borneo. Kota Kinabalu: Natural History Publications (Borneo). m/s. 42. ISBN 978-983-812-191-0.