Pergi ke kandungan

RTHK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Radio Television Hong Kong
Jenisradio, televisyen dan penyiaran Internet
Negara
KetersediaanSetempat
Antarabangsa 
PemilikKerajaan Hong Kong
Orang penting
Franklin Wong (Pengarah Penyiaran)
Gordon Leung (Timbalan Pengarah Penyiaran)
Tarikh pelancaran
Jun 1928 (radio)
1954 (dibebaskan dari Perkhidmatan Penerangan Kerajaan)
1976 (televisyen)
2000 (Internet)[1]
Nama lama
GOW (1928-1929)
ZBW (1929-1948)
Radio Hong Kong (1948-1976)
Laman sesawang
http://www.rthk.org.hk
RTHK
Tulisan Cina Tradisional香港電台
Tulisan Cina Ringkas香港电台

Radio Television Hong Kong (RTHK) ialah sebuah pertubuhan penyiaran awam di Hong Kong yang beroperasi sebagai jabatan kerajaan yang bebas di bawah Pihak Berkuasa Penyiaran. RTHK mengendali tujuh buah saluran radio, dan menerbitkan rancangan televisyen untuk disiarkan oleh stesen televisyen tempatan di Hong Kong. Walaupun dibiayai kerajaan, RTHK disifatkan "lantang mengkritik kerajaan".[3] RTHK menerbitkan dan menyiarkan rancangan-rancangan berbentuk pendidikan, hiburan dan hal-ehwal awam.

Saluran radio

[sunting | sunting sumber]
Nama saluran Modulasi Frekuensi Bahasa Utama Ciri-ciri
RTHK Radio 1 FM (MHz) 92.6 (Mt. Gough), 94.4 (Kowloon Peak), 93.2 (Cloudy Hill), 93.4 (Castle Peak), 93.6 (Lamma Island), 92.9 (Golden Hill), 93.5 (Beacon Hill) Kantonis Berita, maklumat, rancangan melalui telefon, dan rancangan am
RTHK Radio 2 FM (MHz) 94.8 (Mt. Gough), 96.9 (Kowloon Peak), 95.3 (Cloudy Hill), 96.4 (Castle Peak), 96.0 (Lamma Island), 95.6 (Golden Hill), 96.3 (Beacon Hill) Kantonis Rancangan untuk golongan muda, hiburan dan muzik pop (Cantopop)
RTHK Radio 3 AM
FM
(kHz) 567 (Golden Hill), 1584 (Chung Hum Kok) kHz
(MHz) 97.9 (Mt. Nicholson), 106.8 (Chung Hum Kok), 107.8 (Tseung Kwan O), 107.8 (Tin Shui Wai)
Inggeris Berita, muzik pop, maklumat, drama cinta, komedi, realiti, sukan dan pendidikan
RTHK Radio 4 FM (MHz) 97.6 (Mt. Gough), 98.9 (Kowloon Peak), 97.8 (Cloudy Hill), 98.7 (Castle Peak), 98.2 (Lamma Island), 98.4 (Golden Hill), 98.1 (Beacon Hill) Inggeris (utama) / Kantonis Muzik klasikal dan seni halus
RTHK Radio 5 AM
FM
kHz 783 (Golden Hill)
(MHz) 92.3 (Tin Shui Wai), 99.4 (Tseung Kwan O), 106.8 (Castle Peak)
Kantonis (utama) / Mandarin Rancangan untuk golongan warga emas, kebudayaan dan pendidikan
RTHK Radio 6 AM kHz 675 (Peng Chau) Inggeris Siaran 24 jam rancangan BBC World Service
RTHK Putonghua AM
FM
kHz 621 (Golden Hill)
(MHz) 100.9 (Jardine's Lookout), 103.3 Tseung Kwan O, 103.3 (Tin Shui Wai)
Mandarin (utama) / Kantonis Rancangan am, berita dan kewangan

Rancangan televisyen

[sunting | sunting sumber]

RTHK menerbitkan rancangan televisyen hal-ehwal am untuk disiarkan oleh tiga buah penyiar swasta Hong Kong, iaitu TVB, ATV dan Cable TV. Antara rancangan-rancangannya termasuk Hong Kong Connection (鏗鏘集), A Week in Politics (議事論事), Media Watch (傳媒春秋) dan Police Report (警訊).

RTHK juga menerbitkan drama TV, termasuk sekali Below the Lion Rock (獅子山下) yang tersohor. Sungguhpun demikian, RTHK tidak memiliki saluran televisyen sendiri.

RTHK bersama Biro Pendidikan Hong Kong menerbitkan Educational Television (ETV, 教育電視), iaitu sesiri rancangan pendidikan untuk tatapan pelajar sekolah rendah dan menengah, bersiaran pada waktu-waktu bukan perdana di stesen-stesen RTHK. ETV julung kalinya bersiaran pada tahun 1971 untuk pelajar Tahun 3 dan dilanjutkan ke pelajar Tahun 6 pada tahun 1974. Pada tahun 1978, ETV diluaskan lagi untuk meliputi pelajar Tingkatan 1 hingga 3. RTHK pernah menyiarkan rancangan-rancangan pendidikan ini di stesen-stesennya pada waktu siang bukan kemuncak, tetapi kini menyalurkannya melalui Internet sahaja.

Rancangan-rancangan yang meliputi matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Matematik dan Putonghua disediakan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala matapelajaran Sains dan Kemanusiaan hanya untuk pelajar sekolah menengah sementara rancangan Kajian Am direka untuk pelajar sekolah rendah sahaja primary students only.

Ramai yang telah mengelirukan ETV dan bahagian ETV di RTHK. Selain rancangan sekolah ETV, bahagian ETV di RTHK banyak menerbitkan rancangan TV pendidikan umum untuk tontonan awam, seperti The Road Back (鐵窗邊緣), Anti-Drug Special (毒海浮生), Sex Education (性本善), Doctor and You (醫生與你).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]