RDRAM
Penampilan
DRDRAM atau Direct Rambus Dynamic Random Access Memory (sesekali cuma dipanggil RDRAM atau Rambus DRAM) merupakan sejenis RAM segerak dinamik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Rambus.
Pelaksanaan
[sunting | sunting sumber]- Modul Memori: Rambus Inline Memory Module (RIMM)
- Kelajuan: 800 MHz (PC800)
Sejak mula-mula diperkenalkan pada 1996, RDRAM kurang mempunyai perkembangan. RDRAM dalam kelajuan yang lebih tinggi masih dalam peringkat kajian.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Keistimewaan RDRAM ialah kelajuan data lebih tinggi (800 MHz) menjanjikan kadar perpindahan data yang lebih baik terutamanya dari segi grafik. Kebanyakan RD-RAM mempunyai penyerak haba (heat spreader).