Qalbu
Qalbu | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | K. Adlie |
Pengarah | Riza Baharudin[1] |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit | Saphire Screen Sdn Bhd |
Tempoh siaran | 86 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal |
|
Qalbu adalah telefilem Malaysia 2018 [2] yang bertemakan cinta. Telefilem ini telah ditayangkan pada 19 Mei 2018 pada jam 10 malam [3] melalui saluran TV3 di slot Cerekarama TV3.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.
Kamal dipenjarakan atas kesalahan rasuah yang dirancang oleh isterinya, Salina. Salina memerangkap suaminya kerana ingin membolot kemewahan. Dua anaknya, Kasih dan Aiman hilang tempat bergantung kasih sayang kerana mereka rapat dengan Kamal. Sepanjang Kamal dipenjarakan, Kasih dan Aiman sering didera oleh ibu mereka. Salina sibuk menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri, akauntan di syarikat yang sama dengan Kamal.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Faizal Hussein sebagai Kamal
- Fasha Sandha sebagai Salina
- Fauzi Nawawi sebagai Toyu (Sazali Nasir)
- Aidil Aziz sebagai Syukri
- Izuan Fitri sebagai Aiman
- Qistina Raisah sebagai Kasih
- Wan Maimunah sebagai Nenek
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018[4][5] | Drama Terbaik | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.rajadrama.com/2018/05/tonton-qalbu-telemovie.html?m=1
- ^ http://www.dramamelayu.org/2018/05/qalbu-telefilem-2018-tv3.html?m=1
- ^ http://zikrihusaini.com/tonton-online-drama-qalbu-sinopsis-tv3/
- ^ "'12 karya bakal dinilai untuk Drama Terbaik ASK2018'". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-27. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
- ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai pada 27 Oktober 2018.