Pergi ke kandungan

Pygathrix nemaeus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pygathrix nemaeus
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Primates
Suborder: Haplorhini
Infraorder: Simiiformes
Keluarga: Cercopithecidae
Genus: Pygathrix
Spesies:
P. nemaeus
Nama binomial
Pygathrix nemaeus
(Linnaeus, 1771)
Kawasan habitat Pygathrix nemaeus.

Pygathrix nemaeus ialah sejenis monyet Dunia Lama yang disifatkan sebagai salah satu primat-primat paling berwarna-warni. Primat ini merupakan monyet bersifat arboreal (menetap di atas pokok) dan diurnal, yakni aktif pada waktu siang. Spesies ini berasal dari Indochina, khususnya kawasan Vietnam, selatan Laos dan mungkin timur laut Kemboja. Sebelum 1967, spesies ini tidak dikaji secara total. Secara umumnya, Pygathrix dijumpai di pelbagai habitat: dari dataran rendah sehingga kawasan pergunungan mencecah 2,000 m (6.600 kaki), hutan hujan primer serta sekunder, dan di peringkat pertengahan hingga atas kanopi. Haiwan ini kadang-kadang turun ke tanah untuk minum air atau makan sisa tanah yang mengandungi mineral.

Seperti spesies Pygathrix lain, P. nemaeus ialah monyet yang panjang dan langsing. Monyet jantan mempunyai panjang kepala dan badan purata 61 cm (24 in) sementara panjang purata bagi betina ialah 54.5 cm (21.5 in), dengan ekor sepanjang 55.8–76.2 cm (22.0–30.0 in) long.[2][3] Berdasarkan purata, berat monyet jantan ialah 11 kg (24 lb) dan nilai bagi betina pula ialah 8.44 kilogram (18.6 lb).

P. nemaeus dikatakan sebagai monyet yang paling berwarna dalam kalangan semua spesies primat. Monyet ini dianggap sebagai "ratu primat" oleh kerana penampilannya yang unik. Lengan bawah spesies adalah berwarna putih, bahagian atas kaki berwarna hitam hingga kelabu dan bahagian bawah berwarna merah tua manakala tangan dan kaki berwarna hitam. Wajah dan telinga berwarna kuning-oren monyet itu kelihatan ibarat solekan teater, dan kelopak mata pula berwarna biru. Misai pula berwarna putih dan panjang menghiasi dagu serta membingkai wajah seperti monyet. Jalur hitam lebar pula membentang di dahi monyet. Selain itu, bahagian perut dan belakang berwarna kelabu. Terdapat sedikit perbezaan kemaluan antara jantina: jantan mempunyai bintik putih bulat di atas segi tiga putih di kemaluannyanya, sementara monyet betina tidak.[2]

Monyet bayi mempunyai bulu kuning-coklat dengan wajah hitam. Antara usia 8 hingga 24 bulan, warna bulu dan wajah telah berubah secara beransur-ansur untuk membentuk warna bulu yang matang.

Tingkah laku

[sunting | sunting sumber]

Para monyet ini, seperti semua jenis monyet ialah haiwan sosial. Monyet-monyet ini tinggal dalam kumpulan rata-rata 4 hingga 15 ekor, tetapi ada kumpulan sehingga 50 ekor pernah direkodkan. Sekumpulan monyet biasanya terdiri daripada satu atau lebih ekor jantan dan kira-kira dua ekor betina per seekor jantan. Kumpulan kedua-dua jantina monyet mempunyai hierarki mereka sendiri dan monyet jantan adalah dominan terhadap betina. Kumpulan kedua-dua jantina akhirnya akan meninggalkan kumpulan tempat mereka dilahirkan.

Pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Menurut penilaian terbaharu Senarai Merah IUCN, spesies ini dalam keadaan terancam secara kritikal. Spesies ini disenaraikan dalam CITES I yang melarang perdagangan antarabangsa. Setakat ini, belum ada penyelidikan mengenai jumlah populasi P. nemaeus di Indochina. Di Son Tra, Vietnam, populasi spesies ini adalah sekitar 1,300 ekor.

Pemburuan merupakan ancaman utama kepada spesies ini, dan sering digunakan bagi penggunaan sara hidup dan perubatan tradisional. Orang tempatan sering memburu spesies tersebut sebagai makanan, haiwan peliharaan atau membuat gam. Bagi penduduk di Son Tra, kehilangan habitat akibat rancangan pembangunan merupakan risiko terbesar bagi populasi ini.

  1. ^ Coudrat, C.N.Z., Quyet, L.K., Duc, H., Phiaphalath, P., Rawson, B.M., Nadler, T., Ulibarri, L. & Duckworth, J.W. (2020). "Pygathrix nemaeus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T39826A17941247. Dicapai pada 10 July 2020.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ a b Gron, K. J. (2009). "Primate Factsheets: Douc langur (Pygathrix)". Dicapai pada 2012-04-20.
  3. ^ Nowak, Ronald M. (1999). Walker's Mammals of the World. 1 (ed. 6th). JHU Press. ISBN 978-0-8018-5789-8.
[sunting | sunting sumber]