Pusat Warisan India
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 7 Mei 2015 |
Jenis | Warisan Orang India Singapura |
Pengurus Besar | Saravanan Sadanandom |
Maklumat geografi | |
Lokasi | 5 Campbell Lane, Singapore 209924 |
Koordinat | 1°18′20″N 103°51′8″E / 1.30556°N 103.85222°EKoordinat: 1°18′20″N 103°51′8″E / 1.30556°N 103.85222°E |
Maklumat pelawat | |
Kemudahan pengangkutan awam | |
Laman sesawang | |
sunting |
Pusat Warisan India (Tamil: இந்திய மரபுடமை நிலையம்) merupakan pusat kebudayaan dan muzium di Singapura yang mempamerkan budaya, warisan dan sejarah masyarakat India Singapura..[1] Pusat Warisan India terletak di Campbell Lane di daerah Little India.[2]
Fasad pusat ini direka bentuk menyerupai baoli, iaitu telaga tangga yang merupakan elemen seni bina tradisional di India.[3].Kemasukan ke Pusat Warisan India adalah percuma untuk warganegara Singapura dan $8 untuk pelacong luar negara.
Pameran
[sunting | sunting sumber]Pusat Warisan India menampilkan lima galeri tetap yang menceritakan kisah masyarakat India di Singapura dari abad ke-1 hingga sekarang. Pameran menggunakan pelbagai media, termasuk artifak, gambar foto, video dan paparan interaktif. Antara yang menarik perhatian termasuk pakaian tradisional India, barang kemas dan alat muzik. Pusat ini juga menggunakan realiti terimbuh untuk membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang pameran tersebut
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pusat Warisan India yang diterangi dengan lampu selepas matahari terbenam
-
Galeri bawah ( tingkat tiga ) yang mempamerkan pakaian tradisional
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Indian Heritage Centre". www.nhb.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2016. Dicapai pada 2016-08-26.
- ^ Zaccheus, Melody (8 May 2015). "Five things to know about the new Indian Heritage Centre". The Straits Times. Dicapai pada 2016-08-26.
- ^ "indianheritage.org". www.indianheritage.org.sg (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 August 2020. Dicapai pada 2020-05-10.