Pergi ke kandungan

Pusat Koreksional Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Koreksional Perlis mula dibina oleh IHS Utara Malaysia Sdn. Bhd. pada 5 Mei 2006 dengan kaedah rundingan terus dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak sebagai agensi pelaksana. Pusat Koreksional ini dibina di atas Lot 1616 Mukim Padang Siding dalam Daerah Mata Ayer Perlis di atas tanah dengan keluasan 40.5 hektar (100 ekar). Kos pembinaan keseluruhan projek berjumlah RM 135 juta. Projek ini disiapkan pembinaannya pada 31 Oktober 2010 dan seterusnya diwartakan sebagai Pusat Koreksional Perlis oleh Menteri Dalam Negeri pada 25 Mac 2011. Pusat Koreksional ini ditadbirkan oleh seorang pengarah berpangkat Penolong Pengarah Penjara (PKP) Gred KX 48.

Pusat Koreksional Perlis berupaya menempatkan penghuni dengan kapasiti 800 orang. Sebagai sebuah Pusat Koreksional yang baru ia turut dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu (SKEP) yang melibatkan kawalan CCTV, pagar keselamatan dan juga kunci.

Pusat Koreksional Perlis juga dilengkapi dengan perumahan kakitangan yang moden dan selesa serta kemudahan–kemudahan lain untuk kakitangan pelbagai pangkat. Selain itu, taman-taman permainan serta kemudahan rekreasi yang lain seperti gelanggang-gelanggang pemainan, padang bolasepak, dewan serbaguna, masjid dan rumah kelab turut disediakan.

Selain berperanan sebagai institusi pemulihan, Pusat Koreksional Perlis juga merupakan sebuah institusi latihan untuk pegawai-pegawai penjara bagi Kursus Asas Pengurusan Penjara disamping lain-lain kursus jangka pendek anjuran jabatan. Sehubungan itu ia turut dilengkapi dengan prasarana yang bersesuaian dengan keperluan latihan seperti auditorium, bilik kuliah, dewan banquet dan kemudahan asrama untuk penginapan kepada peserta kursus.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]