Pusat Kongres Antarabangsa, Katowice
Alamat | Plac Sławika i Antalla 1, 40-163 Katowice[1] |
---|---|
Lokasi | Katowice, Poland |
Koordinat | 50°15′55″N 19°01′38″E / 50.26528°N 19.02722°EKoordinat: 50°15′55″N 19°01′38″E / 50.26528°N 19.02722°E |
Transit awam | Katowice Spodek Katowice Rondo |
Pemilik | Bandar Katowice |
Pentadbir | PTWP Event Center sp. z o.o.[2] |
Kapasiti | 12,000–15,000[3] |
Rekod kehadiran | 25 000 (Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018)[4] |
Pembinaan | |
Dibuka | 2015 |
Arkitek | JEMS Architekci |
Laman sesawang | |
www |
Pusat Kongres Antarabangsa, Katowice (ICC) (pol. Międzynarodowe Centrum Kongresowe w Katowicach, MCK) ialah sebuah pusat persidangan dan perhimpunan pelbagai guna. Ia telah dibuka kepada orang ramai pada 2015. Ia dimiliki oleh Bandar Katowice dan sejak Mei 2016 ia diuruskan oleh PTWP Event Center sp. z o.o. dalam sebuah pajakan pelbagai tahun daripada bandar.[5]
Sejarah, reka bentuk dan pembinaan
[sunting | sunting sumber]Katowice, dalam sebahagian besar sejarah modennya, pernah menjadi pekan perlombongan batu arang dan pusat kawasan perindustrian Poland – Silesia. Bersama-sama dengan kawasan berdekatan, Spodek, Muzium Silesia dan Okestra Simfoni Kebangsaan Poland,[6] Pusat Kongres Antarabangsa dibina di kawasan pascaperindustrian di Lombong Batu Arang "Katowice" lama, yang beroperasi lewat 1990-an.[7][8] Tempat ini berdiri di tapak buangan sisa lombong lama yang dikelaskan "2A".
Pada 2011 Bandar Katowice memulakan pembinaan tempat ini dengan jumlah keseluruhan 378 juta PLN (182 juta PLN dari belanjawan EU).[9] Tempat ini direka oleh JEMS Architekci dan kontrak pembinaan dianugerahkan kepada Polimex–Mostostal usaha sama. Selepas kontrak dengan Polimex-Mostostal luput, konsortium Warbud dan Mercury Engineering dianugerahkan pembinaan ini.[9] Reka bentuk pusat ini, dengan sebuah ngarai jelas melaluinya untuk menghilangkan sebarang halangan daripada pandangan Spodek, telah dialu-alukan dan bangunan ini tercalon dalam anugerah Mies van der Rohe pada 2017.[10][11] Tempat ini bersambung secara langsung dengan Spodek melalui sebuah terowong bawah tanah.[12]
Pembinaan tempat ini berakhir pada Mac 2015, setahun lebih masa. Pada 12–15 Mac, pusat kongres ini mengadakan acara pertamanya – Ekspo Intel ESL Katowice.[8]
Kemampuan
[sunting | sunting sumber]Pusat kongres ini dibahagikan kepada 4 bahagian:[8][10][13][14]
- Bilik pelbagai fungsi dengan satu kawasan 8174 m2 (memuatkan hingga 10 000 orang), dengan kebolehan untuk membahagikan bilik ini kepada tiga bahagian dengan keluasan daripada 2583 m2 hingga 2839 m2;
- Auditorium (memuatkan sehingga 600 orang) – Berpisah dengan yang lain, dengan ruang legar, bilik pemeriksaan dan bilik rehat sendiri. Ia menyediakan pemisahan penuh parapeserta daripada acara lain yang berlaku padamasa yang sama di pusat kongres ini;
- Bilik majlis (memuatkan hingga 1000 orang) – Dalam bahagian terpisah bangunan ini, dengan sebuah ruang legar terpisah dan tandas. Ia boleh dibahagikan kepada tiga bilik bebas A, B dan C;
- Pusat persidangan – bilik persidangan bersaiz sederhana dan lebih kecil di tingkat atas (26 bilik mesyuarat berkeluasan 38 hingga 144 m2, dengan kebolehan menggabungkan dan memisahkan bilik mesyuarat).
Tempat ini mempunyai medan kereta bermuatan 1500 buah kereta dan bas.[13]
Bersama-sama Spodek, pusat ini mengendalikan acara lebih daripada 25 000 hadirin.[5]
Zon Budaya Katowice
[sunting | sunting sumber]Bandar Katowice telah mewujudkan Zon Budaya (pol. Strefa Kultury) di sekeliling bahagian yang dibangunkan semula dalam bandar tersebut.[15] Kos keseluruhan pembaharuan semula bandar zon ini mencecah 1 bilion PLN.[16] Zon ini menerima pelbagai anugerah, termasuk MP Power Multi Venue 2018, REAL ESTATE IMPACTOR 2018, Meeting Planner Power Awards 2016 dan Produk Pelancongan Terbaik Tahun 2015 dalam pertandingan anjuran Pertubuhan Pelancong Poland.[7][10][17]
Acara yang dihoskan
[sunting | sunting sumber]Beberapa acara telah dihoskan di tempat ini antaranya:
- Kongres Ekonomi Eropah
- Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2018[18]
- Perlawanan akhir Intel Extreme Masters (2015–2018 dan 2022–2024)[19]
Ia juga telah diumumkan menjadi tempat acara Wikimania 2024 pada Ogos 2024.[20]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Adres | MCK Katowice, Międzynarodowe Centrum Kongresowe
- ^ PTWP Event Center, nowy zarządca Spodka i MCK, wybrał firmę do pilnowania i sprzątania obu hal, Nasze Miasto (Katowice), 2016-05-04
- ^ Semua bilik persidangan dan auditorium
- ^ (bersama-sama Spodek dan struktur luaran tambahan)
- ^ a b "Polskie Towarzystwo Wspierania Przedsiębiorczości – Obiekty". www.ptwp.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ "International Congress Centre (MCK) in Katowice | Piotr Krajewski – Architectural Photography". Archello (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ a b "Strefa Kultury". www.katowice.eu. Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ a b c "Podstawowe informacje o projekcie – Międzynarodowe Centrum Kongresowe w Katowicach". 2016-02-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-10. Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ a b "Większe unijne dofinansowanie centrum kongresowego w Katowicach". wnp.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ a b c "Design i nagrody". www.mckkatowice.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2023-12-11.
- ^ "EUMiesAward". www.miesarch.com. Dicapai pada 2021-02-12.
- ^ "The MCK International Congress Centre – IGF2021 – Gov.pl website". IGF2021 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ a b "Międzynarodowe Centrum Kongresowe w Katowicach , Katowice". konferencje.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ "International Congress Centre". www.katowice.eu. Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ "Culture Zone". www.mckkatowice.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ "Strefa Kultury". www.mckkatowice.pl (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ "Międzynarodowe Centrum Kongresowe KATOWICE – Śląskie. Inf..." www.slaskie.travel (dalam bahasa Poland). Dicapai pada 2023-12-05.
- ^ "COP24 Katowice United Nations Climate Change Conference". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-03. Dicapai pada 11 December 2023.
- ^ bersama-sama Spodek
- ^ Team, Wikimania Core Organizing; Nadzik; Locesilion, Tar; Pedzich, Wojciech (2023-12-11). "Announcing the Wikimania 2024 dates and venue". Diff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-12.