Pergi ke kandungan

Anak mata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pupil)
Anak mata
Anak mata di bahagian pusat mata
dikelilingi iris mata biru dan sklera putih
Gambar rajah skema mata manusia
Butiran
SistemSistem penglihatan
Pengenalpastian
nama bahasa LatinPupilla (Jamak: Pupillae)
MeSHD011680
TAA15.2.03.028
FMAFMA:58252
Terminologi anatomi

Anak mata (Jawi: انق مات) atau pupil (Jawi: ڤوڤيل) merupakan suatu bukaan atau lubang kecil yang berwarna hitam dan telus terletak di tengah iris mata di mana ia berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina.[1] Jumlah cahaya tersebut dikawal oleh otot-otot iris yang mengembangkan dan mengecilkan saiz anak mata.[2]

Anak mata kelihatan berwarna hitam kerana sinar cahaya memasukinya sama ada ia diserap oleh tisu-tisu di dalam mata secara langsung, atau diserap selepas meresap pantulan dalam mata yang kebanyakannya terlepas keluar daripada anak mata yang sempit. Anak mata manusia berbentuk bulat manakala beberapa spesies lain seperti sesetengah kucing mempunyai anak mata dengan celah menegak, kambing dengan anak mata celah melintang dan sesetengah ikan keli memiliki jenis anak mata anulus.[3]

Anak mata manusia boleh dikecut atau dikembang dari 2 mm ke 9 mm dan dikawal oleh iris mata
  1. ^ Cassin, B.; Solomon, S. (1990). Dictionary of Eye Terminology. Gainsville, Florida: Triad Publishing Company.
  2. ^ "Kenali Struktur Mata Anda". MyHEALTH. Kementerian Kesihatan Malaysia. 28 September 2022. Dicapai pada 28 September 2022.
  3. ^ Malmström T, Kröger RH (Januari 2006). "Pupil shapes and lens optics in the eyes of terrestrial vertebrates". J. Exp. Biol. 209 (Bhg 1): 18–25. doi:10.1242/jeb.01959. PMID 16354774.