Pulau Orang Utan
Penampilan
Pulau Orang Utan yang terletak di Peranginan Laketown Bukit Merah adalah tempat yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat Orang Utan .
Pulau Orang Utan yang yang seluas 35 ekar ini merupakan pusat perlindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan Orang Utan.
Para pelancong diberi peluang untuk melihat orang utan ini melakukan aktiviti harian mereka melalui terowong sangkar besi sepanjang 100 meter. Pulau Orang Utan ini merupakan sebahagian dari pusat Peranginan Laketown Bukit Merah yang turut memiliki taman air dan ekologi. Ia terletak sekitar sejam perjalanan dari bandar Ipoh.