Pergi ke kandungan

Pulau Kaca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Kacha atau juga dieja Pulau Kaca merupakan satu salah daripada pulau yang menjadi tempat tumpuan pelancong di Langkawi negeri Kedah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Kacha yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Kacha, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Pulau Kacha yang terletak di Langkawi ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Langkawi pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Kacha dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati suasananya yang sepi dan tenang.

Pulau Kacha merupakan pulau yang terletak di negeri Kedah. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Langkawi di negeri Kedah. Pulau Kacha memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang.

Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Pulau Kaca merupakan salah satu dari empau pulau yang membentuk Taman laut, iaitu Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas.


Peraturan

[sunting | sunting sumber]

Taman Laut Negeri Kedah, pengurusan Taman Laut Pulau Payar mengenakan peraturan ketat:

  • Setiap sampah yang dibawa masuk hendaklah dibawa balik.
  • Pengunjung perlu membawa bekalan sendiri.
  • Selepas makan, jangan lupa masukkan semula semua sampah dalam beg untuk di bawa pulang bagi mengelakkan pencemaran taman laut.
  • Sebarang aktiviti memancing dalam perairan 2.7 batu nautika akan dikenakan tindakan undang-undang.

Fauna dan flora

[sunting | sunting sumber]

Pulau Kacha memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]