Pulau Burung, Negeri Sembilan
Penampilan
Pulau Burung | |
---|---|
Geography | |
Coordinates | 2°29′33″N 101°50′15″E / 2.49250°N 101.83750°E |
Area | 0.004 km2 (0.0015 bt2) |
Administration | |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Port Dickson |
Pulau Burung ialah sebuah pulau tidak berpenghuni di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[1] Pulau ini berkeluasan 0.004 kilometer persegi dan terletak berhampiran Pantai Cahaya Negeri.
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Pulau Burung menempatkan salah satu hutan paya laut di Negeri Sembilan yang menempatkan tiga spesies pokok paya bakau iaitu api-api puteh (avecennia alba), bakau minyak (rizophora apiculata) dan bakau kurap (rizophora mucronata).
Sebuah jambatan telah dibina bagi menghubungkan pulau ini dengan pantai berdekatan. Laluan pejalan kaki juga telah disediakan bagi pelancong di sekeliling pulau. Terdapat sebuah menara tinjau yang terletak pulau itu.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Sebuah jambatan dibina menghubungkan Pantai Cahaya Negeri dengan Pulau Burung
-
Salah satu pokok bakau di Pulau Burung
-
Pemandangan dari menara tinjau di Pulau Burung
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hussin, Sabree (2018-04-19). "Pulau Burung Pantai Cahaya Negeri Port Dickson - Jom Explore!". Xplorasi Destinasi. Dicapai pada 2023-12-16.