Pergi ke kandungan

Pulau Bohidulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Bohidulong/ Bohey Dulang atau Bohaydulong merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Semporna negeri Sabah, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Bohidulong yang terletak di Taman Marin Tun Sakaran mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih menarik para pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Bohidulong, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Bohidulong yang terletak di Semporna ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih.

Pulau Bohidulong yang terletak di perairan Semporna, Sabah masyur di kalangan pengunjung kerana mempunyai pemandangan yang cantik, air laut yang jernih serta pasir nya yang putih bersih. Pelbagai hidupan laut yang terdapat di terumbu karang sekelilingnya menjadikan pulau ini sentiasa menjadi destinasi popular di kalangan para 'penyelam'.

Pulau Bohey Dulang merupakan pulau yang terletak di sebelah pantai timur di daerah Semporna, negeri Sabah. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Semporna di negeri Sabah. Pulau Bohidulong memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang dan aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh.

Pulau Bohidulong memiliki terumbu karang yang mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik untuk dilihat. Ini menjadikan aktiviti menyelam sebagai aktiviti utama di sini. Pulau Bohidulong terletak sekitar 30 minit, menaiki bot dari Semporna. Pulau Bohidulong ialah salah satu daripada lapan pulau dalam Taman Marin Tun Sakaran.[1]

pulau unik ini berjudul Pulau Lelaki Tua Tidur, masyarakat tempatan turut merujuknya sebagai ‘Pu Mattoa Lalla Atoli’. Ya,  pulau ini juga turut mendapat jolokan sebagai ‘Sleeping Old Man’ disebabkan bentuknya yang seakan orang tua yang sedang tidur berbaring.

Pembukaan

[sunting | sunting sumber]

Fauna dan flora

[sunting | sunting sumber]

Pulau Bohidulong memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Para pengunjung yang berminat untuk pergi menyelam di Pulau Bohidulong boleh menaiki bot dari Semporna.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]