Pua Khein-Seng
Kelahiran | 15 June 1974 | (age 50)
---|---|
Kerakyatan | Malaysia |
Pekerjaan | CEO, Phison Electronics Corporation |
Pua Khein-Seng (Cina tradisional: 潘健成; Cina ringkas: 潘健成; pinyin: Pan Jian Cheng, beliau dilahirkan pada 15 Jun 1974, dipercayai salah seorang yang menjadi pencipta USB flash drive. Dalam temu bual bersama media akhbar berbahasa Inggeris The Star, beliau yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Phison Electronics Corp yang berpangkalan di Taiwan menyifatkan syarikatnya adalah syarikat pertama yang mencipta cip persendirian USB flash drive pertama di dunia. Walau bagaimanapun, tuntutan telah diiktiraf diseluruh dunia kecuali di Malaysia kerana terdapat lebih dari dua negara yang mencuri hasil kerja beliau.Beliau juga dikenali sebagai "Bapa Pendrive" di Malaysia.[1] Beliau telah dibesarkan di Sekinchan, Selangor, Malaysia, Pua menerima pendidika prasiswazah dalam bidang kejuruteraan kawalan elektrik di Universiti Nasional Chiao Tung dan kini menetap di Taiwan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lee, Kian Seong (September 5, 2009). "Up close & personal with Pua Khein-Seng". The Star.