Occupy Wall Street
Protes Wall Street | |
---|---|
Sebahagian daripada kesan kebangkitan dunia Arab | |
Tarikh | 17 September 2011Hari Perlembagaan) – kini | (
Lokasi | Zuccotti Park/"Liberty Park",Bandar Raya New York, A.S. 40°42′34″N 74°00′41″W / 40.709385°N 74.011323°W |
Punca | Ketidaksamaan kekayaan, rasuah politik, pengaruh korporat kerajaan, inter alia. |
Kaedah | |
Status | Masih berlangsung dan merebak ke bandar lain, termasuk: San Francisco, Seattle, Los Angeles, Chicago, Houston, San Jose, Boston, Philadelphia, Salt Lake City, Portland, Maine, Kansas City, Portland, Oregon, Ann Arbor, Cleveland, Minneapolis, Sacramento, Tampa, Atlanta, Trenton, New Jersey, Jersey City, New Jersey Toronto, Montreal, Vancouver, Calgary London |
Bilangan | |
Zuccotti Park/"Liberty Park":
Beberapa ratus penunjuk perasaan "teras"[1] Aktiviti lain di NYC: |
Tunjuk perasaan berterusan berlaku di Wall Street, Bandar Raya New York pada tahun 2011, di mana ia berpusat utama di Taman Zuccotti atas nama Occupy Wall Street ("Duduki Wall Street"). Para aktivis yang terlibat menyatakan ilham mereka daripada kebangkitan dunia Arab (khususnya gerakan di Medan Tahrir, Kaherah semasa revolusi Mesir serta perang saudara Libya) dan bantahan Sepanyol.
Mereka membantah terhadap keadaan sosial dan ketidaksamaan ekonomi , tamak korporat , dan pengaruh wang korporat dan pelobi ke atas kerajaan.Mereka mahu satu Amerika baru bagi menyelesaikan kemelesetan ekonomi. Pada 2008, Bloomberg News melaporkan bank-bank dan syarikat-syarikat besar menerima dana penyelamat AS $ 1.2 trilion ekoran krisis prima perumahan. Antara syarikat yang dibailout ketika itu ialah Morgan Stanley, Citigroup dan Bank of America, Bank of Scotland ,UBS dan Goldman Sachs.
Pda 7 Oktober demonstrasi sama turut diadakan di Washington, D.C., Los Angeles, San Francisco, San Jose, Boston, Chicago, Houston, Philadelphia, Miami, Salt Lake City, Portland, Maine, Jersey City, Trenton, Portland, Oregon, Seattle, Denver, Charlotte, Kansas City, Austin, Ann Arbor, Cleveland, Dallas, Minneapolis, Sacramento, Tampa dan Atlanta. Pada 15 Oktober, bantahan merebak ke 25 bandar di luar Amerika Syarikat termasuk di Hong Kong, Buenos Aires, Dublin dan Madrid.
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Pada pertengahan 2011 gerakan pengguna yang digerakkan oleh majalah Adbusters. Mereka bercadang berdemo di Wall Street untuk membantah pengaruh korporat terhadap demokrasi, menangani ketidaksamaan yang semakin meningkat dalam kekayaan , dan ketidakadilan undang-undang di sebalik krisis kewangan global baru-baru ini . Mereka berkumpul beramai-ramai di Zuccotti Park kerana ia adalah milik swasta.Polis tidak boleh mengambil tindakan kerana menyalahi undang-undang . Polis hanya mempunyai kuasa bertindak terhadap penunjuk perasaan tanpa permit di taman-taman awam di bandar.
Sebelum permulaan protes pada 17 September, Datuk Bandar New York City , Michael Bloomberg dalam sidang media menyatakan "Orang ramai mempunyai hak untuk membantah, dan jika mereka ingin membantah, kami akan senang jika diadakan di lokasi tertentu". Protes ini hanya mengurangkan jumlah pelancong dan tidak produktif. Namun beliau simpati dengan beberapa aduan.
Keberanian mereka terpancar menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta email. Walaupun tidak ada tujuan khusus tetapi mereka tetap nekad, datang dari jauh untuk berarak di Jambatan Brooklyn, Manhattan dan ke New York. Mereka membawa pelbagai tema sepanduk dan slogan seperti anti korporat. Wall Street adalah lambang orang kaya-kaya yang mengeksploit golongan miskin dan fakir.
Gambaran keseluruhan matlamat
[sunting | sunting sumber]Para penunjuk perasaan mendirikan khemah di Zuccotti Park. Mereka turut membawa beg tidur dan beg galas. Penduduk tempatan dan penunjuk perasaan memanggil "Plaza Liberty",iaitu nama lama taman tersebut.Pihak hartanah Brookfield , pemilik ruang awam, memulakan peraturan baru pada 26 September 2011 yang mengetatkan peraturan menginap di taman .
Matlamat mereka tidak jelas dan berbeza-beza. Mereka mendesak agar Presiden Obama bertanggungjawab terhadap pengaruh bank-bank dan syarikat-syarikat ke atas dasar Amerika. Michael Moore, seorang pembikin filem dan aktivis, menyatakan bahawa para penunjuk perasaan mewakili pelbagai tuntutan terutama membasmi rasuah dan pengaruh berlebihan syarikat multinasional dan golongan kaya terhadap undang-undang dan dasar- dasar AS.
Mereka juga mendesak agar cukai dinaikkan terhadap orang kaya, dan syarikat-syarikat dan meningkatkan kebajikan korporat , sokongan untuk perdagangan unionism, dan melindungi Medicare dan Keselamatan Sosial. Pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan awam hendaklah dipertingkatkan. Penunjuk perasaan mendesak agar audit dikira semula atau penghapusan Federal Reserve , dana dan bayaran kesihatan, merombak industri ketenteraan dan menamatkan semua peperangan.
Aktivis politik, Lawrence Lessig berhujah bahawa masalah di Wall Street telah disebabkan oleh rasuah di Washington . Ramai bergantung kepada wang Wall Street untuk membiayai kempen mereka. Oleh itu mereka tidak akan berani untuk menyeberangi kepentingan Wall Street.
Fokus permintaan mereka ialah pengagihan kekayaan yang tidak sama rata di Amerika Syarika. Rakyat AS sudah bosan dengan kehidupan yang dikawal oleh orang lain , khususnya orang-orang kaya di Wall Street dan pelobi.[4]
New York Magazine menjalankan kaji selidik terhadap 100 peserta protes. Apabila ditanya tentang pandangan mereka kapitalisme, 46% percaya bahawa kapitalisme "tidak jahat, ia hanya perlu dikawal selia," 37% percaya bahawa kapitalisme "tidak dapat diselamatkan, ia sememangnya tidak bermoral," dan 17% tidak menjawab soalan. Apabila ditanya sama ada mereka mengundi dalam pilihan raya separuh penggal 2010 , 39% menjawab "ya," 55% menjawab "tidak," dan 5% menjawab "tidak, tetapi hanya kerana saya tidak beliau berusia 18 tahun."
Peserta
[sunting | sunting sumber]Pembantah itu terdiri daripafa pelbagai aliran dan umur .Antaranya ialah dari aliran politik liberal ,bebas politik , sosialis ,konservatif, anarkis,dan libertarian .Agama mereka ialahKristian, Yahudi, Islam dan ateis.
Mereka berarak berkeliling di kawasan patung lembu di Bowling Green Park.
Tindakan
[sunting | sunting sumber]Laman web OccupyWallStreet.org berkata bahawa lebih daripada 100 penunjuk perasaan telah ditahan polis . Kesalahan mereka kononnya menganggu lalu lintas di jalan raya. Penghadang besi palang telah dibina disepanjang jalan agar perarakan tidak melimpah ke jalan raya. Setakat ini, selama dua minggu belum ada kejadian berdarah atau kehilangan nyawa. Mereka masih dikira teratur dan mahukan kedamaian.
Terdapat seorang polis bagi setiap dua penunjuk perasaan. Bilangan penunjuk perasaan di luar New York jauh lebih kecil. Taser dan belantan turut digunakan oleh polis NYPD. Pekerja tempatan perlu menunjukkan dokumen pengenalan ,barulah dibenarkan masuk ke dalam bangunan.Laluan bawah tanah ke Wall Street turut ditutup kepada orang luar.
Reaksi
[sunting | sunting sumber]Tindakan mereka tidak ubah seperti perhimpunan anti Perang Vietnam termasuk di Central Michigan University pada 1975 dahulu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Hundreds of Occupy Wall Street protesters arrested". BBC News. 2 Oktober 2011. Dicapai pada 2 Oktober 2011.
- ^ a b "700 Arrested After Wall Street Protest on N.Y.'s Brooklyn Bridge". Fox News Channel. 1 Oktober 2011. Dicapai pada 1 Oktober 2011.
- ^ Adam Gabbatt (6 Oktober 2011). "Occupy Wall Street: protests and reaction Thursday 6 October". Guardian. Dicapai pada 7 Oktober 2011.
- ^ "Wall Street protesters look to expand N.Y. presence". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-10. Dicapai pada 2011-10-10.