Proses Sentuh
Penampilan
Asid sulfurik pekat yang digunakan dalam industri dihasilkan melalui Proses Sentuh. Bahan mentah yang digunakan ialah sulfur (atau bijih sulfida), udara dan air. Mangkin yang digunakan ialah Vanadium(V) oksida.
Proses ini melibatkan 3 peringkat:
- Penghasilan dan penulenan gas sulfur dioksida
- Penukaran sulfur dioksida kepada sulfur trioksida
- Penghasilan asid sulfurik
Penulenan udara dan SO2 adalah penting untuk mengelakkan degradasi mangkin. Gas itu dibasuh dengan air dan dikeringkan dengan H2SO4.