Program angkasa lepas China
Rencana ini perlu dikemas kini.(September 2022) |
Program angkasa lepas Republik Rakyat China (PRC) diarahkan oleh Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara China. Asas teknologi ini bermula pada tahun 1950-an, apabila PRC memulakan program peluru berpandu balistik asas sebagai tindak balas kepada ancaman Amerika Syarikat (serta juga Kesatuan Soviet beberapa lama kemudian). Walau bagaimanapun, program angkasa pertama anak kapal China hanya bermula beberapa dekad kemudian, apabila program pembangunan teknologi digiatkan dengan kemuncaknya melalui misi berjaya Yang Liwei melalui kapal angkasa Shenzhou 5 pada tahun 2003. Kejayaan ini menjadikan China negara ketiga yang berjaya menghantar manusia ke angkasa lepas tanpa bantuan negara-negara lain. Rancangan akan datang China termasuk stesen angkasa kekal Cina pada 2020 dan ekspedisi manusia ke Bulan dan Marikh.