Pergi ke kandungan

Profesional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istilah "Profesional" diadaptasikan dari istilah Inggeris iaitu Profession yang bermaksud pekerjaan atau kerjaya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(Edisi Empat)mentafsirkan profesional sebagai:

  1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll)Contoh: golongan profesional; ahli profesional.
  2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Contoh: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara profesional.
  3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran. Contoh: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis profesional.
  4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional. Contoh: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk profesional pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal profesional jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional. Contoh: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan profesional guru bahasa dan sastera Melayu.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Secara ringkasnya, profesional diterangkan sebagai seseorang individu atau golongan yang melakukan sesuatu pekerjaan/profesion/bidang dengan menggunakan kepakaran,kecekapan atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya dan ia melibatkan pembayaran dimana pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Profession
  2. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka