Pergi ke kandungan

Primera División Argentina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Primera División)
Argentine Primera División
NegaraArgentina
KonfederasiCONMEBOL
Ditubuhkan12 April 1891; 133 tahun yang lalu (1891-04-12)[1][2]
Musim pertama1891
Bilangan pasukan28 (2022)
Disingkirkan kePrimera Nacional
ArasTahap 1
Piala antarabangsaCopa Libertadores
Copa Sudamericana
Juara semasaRiver Plate (2023) (gelar ke-38)
Kejuaraan terbanyakRiver Plate (gelar ke-38)[3][4]
Penampilan terbanyakHugo Gatti (765)[5][6]
Penjaring gol terbanyakArsenio Erico (295)[7]
Rakan TVESPN Premium
TNT Sports (Argentina)[8]
Senarai penyiar antarabangsa
Tapak sesawangligaprofesional.ar
Argentine Primera División 2023

Primera División (Sebutan Sepanyol: [pɾiˈmeɾa ðiβiˈsjon]; bahasa Inggeris: "First Division" atau bahasa Melayu: "Liga Divisyen") dikenali juga sebagai Liga Profesional de Fútbol, atau Torneo Binance sebab penajaan, ialah tingkatan liga profesional tertinggi di Argentina,[9] perlawanan liga diawasi oleh Persekutuan bola sepak Argentina atau Argentine Football Association (AFA).

Liga ini beroperasi dengan sistem kelayakan dan penyingkiran. Pasukan yang berkedudukan di peringkatan terakhir akan disingkirkan ke Primera Nacional, kasta ke-2 dalam liga bola sepak Argentina. Sedari 2020, tatatertib liga seperti relegasyen belum dapat digalakkan semula sebab pandemik COVID-19.

Kejohanan pertama diasas dari tahun 1891,[10] Argentina menjadi negara selain daripada United Kingdom (Liga Perdana Inggeris wujud tahun 1888, dan Liga Perdana Scotland sederum Liga Perdana Ireland Utara tahun 1890) yang berjaya mengasas liga bola sepak.[11] Pada tahun-tahun awal, hanya kelab dari wilayah Buenos Aires, Greater Buenos Aires, La Plata dan Rosario[12] yang mampu menyertai kejohanan kenegaraan. Pasukan dari bandar-bandar lain baru menyertai beberapa masa lepas.

Argentine Primera División dirasmikan sebagai liga profesional pada tahun 1931 ketika 18 kelab membangkang dari liga lama bagi menubuhkan liga binaan mereka. Bermulalah, musim perlawanan sesuai jadual yang kita kenali sehingga kini.

Kejohanan Argentina disenaraikan sebagai satu daripada 10 liga bola sepak besar dan terkuat di peringkat antarabangsa pada tahun 2015 oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah dan Statistik Bola Sepak atau International Federation of Football History and Statistics (IFFHS) yang berpangkalan di Leipzig. Argentina berkedudukan di peringkat ke-4 di bawah kedudukan La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali), dan Bundesliga (Jerman), tetapi semasa kini Argentina berada di nombor 19 menurut data terbaharu 2021.[13]

Saluran Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Di negara itu, perlawananan ditayangkan oleh syarikat Amerika iaitu ESPN dan Turner, yang keduanya berkongsi bagi 5 tahun, kedua syarikat itu bersetuju akan membayar A$ 3,2 bilien per tahun. Syarikat tempatan Torneos, yang dahulu ialah bekas penyiar negara kejohanan Argentina dari 1985 sehingga 2009, akan mengerusi penyeliaan kandungan perlawanan bagi Fox. La Corte, syarikat tempatan lain akan mengawasi penyeliaan kandungan perlawanan bagi Turner sedangkan Cablevisión, DirecTV and Telecentro menjadi penyedia perkhidmatan tekevisyen.[8][14]

Sebelum perkongsian antara Fox dan Turner rasmi ditandatangani, perlawanan bola sepak Argentina ditayangkan saluran tempatan semisal El Trece, Telefe, America TV, and Channel 7. Perlawanan tayang percuma di Argentina dari 2009 to 2016 sebab keazaman pemerintah iakni "Fútbol para Todos" (Bola Sepak bagi semya), ketika Pemerintah Argentina dan AFA memansukhkan keazaman itu. Pemerintah membayar A$9,5 bilien pada persekutuan atas berkurangnya keuntungan selama 7 tahun.[15]

Liga Argentina dikenali kerana pemain popular seperti Lionel Messi, Diego Maradona dan Mario Kempes, yang tentu menarik minat penggemar bola sepak dari mana-mana benua dan serantu. Perlawanan disiarkan ke lebih daripada 80 negara. Di Amerika Latin perlawanan tayang di ESPN (tiga perlawanan setiap pekan), TyC Sports International (semua perlawan setiap pekan) dan platform penstriman lain seperti Prende TV, Star+ dan Fanatiz (sederum dengan AFA Play). Di Amerika Syarikat, perlawanan tayang di Paramount+ sejak 2021.[16] Saluran BeIN Sports menayangkan perlawanan langsung di Perancis dan Timur Tengah. ITV menampilkan serlah-serlah perlawanan dengan dimulakannya program tengah malam pada musim 1988–89. Channel 5 menampilkan serlah perlawanan dari 1999 sehinhha 2003, senentara Premier Sports menampilkan perlawanan langsung sepanjang 2011 dan 2012.

  1. ^ "Hace 120 años, el fútbol tenía su primer torneo local" Diarkibkan 2017-08-07 di Wayback Machine by Oscar Barnade, Clarín, 12 April 2011
  2. ^ "1891 Argentine Primera División at RSSSF.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-28. Dicapai pada 2023-02-02.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama champions
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sobrefutbol
  5. ^ El abuelo y tapicero que se convertirá en el jugador con más partidos en el fútbol argentino Diarkibkan 2017-10-10 di Wayback Machine, La Nación, 5 Nov 2014
  6. ^ A 30 AÑOS DEL RÉCORD INALCANZABLE DE HUGO GATTI Diarkibkan 2017-10-10 di Wayback Machine, Deportea
  7. ^ Revista de la AFA, p. 13 Diarkibkan 2014-12-23 di Wayback Machine, Jul 2013
  8. ^ a b Fox y Turner son los nuevos dueños del fútbol por TV en la Argentina Diarkibkan 2017-08-17 di Wayback Machine by Alejandro González, La Nación, 14 Mar 2017
  9. ^ "Argentina Primera Division". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-04. Dicapai pada 2014-06-11.
  10. ^ Historia del Fútbol Amateur en la Argentina, by Jorge Iwanczuk. Published by Autores Editores (1992) - ISBN 9504343848
  11. ^ ""Salvation army", The Guardian, 4 June 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2017. Dicapai pada 13 December 2016.
  12. ^ Argentina – 1ra. División 1894 Diarkibkan 2020-06-17 di Wayback Machine by José Carluccio, 19 Nov 2008
  13. ^ "The Strongest League in the World 2015", IFFHS, retrieved 2016-06-11 Diarkibkan 21 Jun 2016 di Wayback Machine
  14. ^ "Ya están las ofertas por los derechos de TV del fútbol argentino". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2017. Dicapai pada 23 February 2017.
  15. ^ "Sin Fútbol para Todos, la TV del fútbol argentino es una incógnita". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2017. Dicapai pada 9 January 2017.
  16. ^ "Paramount+ adds Concacaf soccer rights ahead of US launch - SportsPro Media". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-27. Dicapai pada 2021-02-25.