Presiden Negara Haram Israel
Presiden Negara Haram Israel נשיא מדינת ישראל | |
---|---|
נשיא מדינת ישראל | |
Gelaran | His Excellency |
Bidang kuasa | Israel |
Kediaman | Beit HaNassi |
Dilantik oleh | Knesset |
Tempoh jawatan | 7 tahun |
Penjawat sulung | Chaim Weizmann |
Dibentuk | 16 February 1949 |
Gaji | 173,255 USD |
Senarai | List of presidents of Israel (en) |
Tapak web | Laman web Presiden Negara Haram |
sunting · sunting di Wikidata |
Presiden Negara Haram Israel (Ibrani: נשיא המדינה, Nesi HaMedina, secara harfiah Presiden Negeri) merupakan ketua negara Haram Israel. Jawatan ini hanyalah lambang negara, dengan kuasa sebenar pentadbiran negara dalam tangan Perdana Menteri. Presiden dipilih akan menjawat dengan satu tempoh selama 7 tahun.
Isaac Herzog ialah Presiden Negara Haram Israel yang terkini, yang menjawat sejak 7 Julai 2021. [1][2]
Pengundian
[sunting | sunting sumber]Presiden dipilih dengan majoriti mutlak dalam Knesset (parlimen Israel). Jika tiada calon menerima majoriti mutlak pada kali ketiga, hanya majoriti mudah diperlukan. Tempoh bagi jawatan ini ialah 7 tahun. Seseorang Presiden tidak dibenarkan dipilih bagi kali kedua. Hingga kebelakangan ini, Presiden dipilih untuk satu tempoh 5 tahun, dan dibenarkan untuk terus berkhidmat 2 tahun lagi. Pada tahun 2000, tempoh jawatan ini dipanjangkan kepada 7 tahun.
Sesiapa saja yang berwarganegara Israel layak menjadi Presiden. Jawatan ini boleh menjadi kosong atas keputusan tiga suku daripada Knesset untuk melucutkan jawatan presiden kerana tingkah lakunya yang buruk atau ketidaksesuaiannya. Tiada Timbalan Presiden yang akan dilantik. Semasa ketiadaan Presiden, Speaker Knesset boleh menjadi presiden sementara.
Kuasa dan peranan
[sunting | sunting sumber]Kuasa Presiden Israel agak terhad berbanding dengan ketua negara yang lain. Presiden Israel boleh:
- Menandatangani setiap undang-undang, kecuali yang berkenaan dengan kuasa Presiden.
- Melantik ahli Knesset untuk membentukkan kerajaan atas nasihat parti yang akan memerintah.
- Melantik diplomat dan menerima diplomat asing.
- Menandatangani perjanjian dengan negara asing yang diluluskan oleh Knesset.
- Melantik hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat Jawatankuasa Perlantikan Hakim.
- Melantik gabenor Bank Israel dan birokrat yang lain atas nasihat Perdana Menteri.
- Mengampun penjenayah dan meringankan hukuman.
Kuasa Presiden biasanya digunakan atas nasihat menteri yang berkenaan.
Walaupun peranan Presiden tidak bersifat politik, tetapi berfungsi penting bagi moral, upacara, dan pendidikan.
Senarai Presiden Negara Haram Israel
[sunting | sunting sumber]No. | Gambar | Nama (Lahir–Mati) |
Mula menjawat | Tamat menjawat | Parti politik (ketika dipilih) |
---|---|---|---|---|---|
1 | Chaim Weizmann
חיים עזריאל ויצמן (1874–1952) |
17 Februari 1949 | 9 November 1952 | General Zionists | |
- | Yosef Sprinzak
יוסף שפרינצק (1885–1959) Pemangku |
9 November 1952 | 16 Disember 1952 | Mapai | |
2 | Yitzhak Ben-Zvi
יצחק בן צבי (1884–1963) |
16 Disember 1952 | 23 April 1963 | Mapai | |
- | Kadish Luz
קדיש לוז (1885–1972) Pemangku |
23 April 1963 | 21 Mei 1963 | Mapai | |
3 | Zalman Shazar
זלמן שז"ר (1889–1974) |
21 Mei 1963 | 24 Mei 1973 | Mapai | |
4 | Ephraim Katzir
אפרים קציר (1916–2009) |
24 Mei 1973 | 29 Mei 1978 | Alignment | |
5 | Yitzhak Navon
יצחק נבון (1921–2015) |
29 Mei 1978 | 5 Mei 1983 | Alignment | |
6 | Chaim Herzog
חיים הרצוג (1918–1997) |
5 Mei 1983 | 13 Mei 1993 | Alignment | |
7 | Ezer Weizman
עזר ויצמן (1924–2005) |
13 Mei 1993 | 13 Julai 2000 | Buruh | |
- | Avraham Burg
אברהם בורג (lahir 1955) Pemangku |
13 Julai 2000 | 1 Ogos 2000 | Buruh | |
8 | Moshe Katsav
משה קצב (1945) |
1 Ogos 2000 | 1 Julai 2007 | Likud | |
- | Dalia Itzik
דליה איציק (lahir 1952) Pemangku |
1 Julai 2007 | 15 Julai 2007 | Kadima | |
9 | Shimon Peres
שמעון פרס (1923–2016) |
15 Julai 2007 | 24 Julai 2014 | Kadima | |
10 | Reuven Rivlin
ראובן ריבלין (lahir 1939) |
24 Julai 2014 | 7 Julai 2021 | Likud | |
11 | Isaac Herzog
יצחק "בוז׳י" הרצוג (lahir 1960) |
7 Julai 2021 | Penggal tamat pada 2028 | Buruh |
- ↑ Sebelum Wiezmann, David Ben-Gurion menjadi Pengerusi Majlis Negeri Sementara, dari 14 hingga 17 Mei 1948. Jawatan Weizmann berkekal seperti ini hingga 17 Februari 1949, semasa beliau diisytiharkan sebagai Presiden oleh Knesset pertama. Selepas kematian Weizmann, Speaker Knesset Yosef Sprinzak mengambil alih jawatan Presiden buat sememtara.
- ↑ Selepas kematian Ben-Zvi, Speaker Knesset Kadish Luz mengambil alih buat sementara.
- ↑ Selepas Weizman meletak jawatan, Speaker Knesset Avraham Burg menjawat buat sementara.
- ↑ Selepas Katsav meletak jawatan kerana disiasat oleh pihak polis (beliau dituduh merogol), Speaker Knesset Dalia Itzik mendukung jawatan buat sementara.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Knesset vote for President Rivlin's successor set for June 2". The Times of Israel. Dicapai pada 26 May 2021.
- ^ Bitton, Avihay. "יצחק (בוז'י) הרצוג הוא הנשיא הבא של מדינת ישראל | חדר מצב". www.mazav.co.il. Dicapai pada 2021-06-03.