Pergi ke kandungan

Pounamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gelang dengan hei matau, sejenis pounamu yang dijadikan sebagai mata kail.

Pounamu (serta greenstone dalam dialek Inggeris tempatan) ialah gelaran Māori bagi sekumpulan batuan mineral yang keras di selatan New Zealand. Batu-batuan ini dipandang tinggi di New Zealand, terutamanya dalam kebudayaan Māori. Kini, pounamu sering digunakan sebagai barang perhiasan serta hadiah dalam kalangan warga New Zealand.[1]

Secara geologi, pounamu lazimnya terdiri jed nefrit, bowenit atau serpentinit, dan lazimnya dikelaskan oleh warna dan rupa oleh orang Māori, seperti kawakawa, kahurangi, īnanga dan tangiwai.[2] Meskipun begitu, perkataan pounamu kini lazimnya dikhususkan kepada jed nefrit.

  1. ^ Wood, Stacey (2011-07-23). "Hokitika man's carving fit for a president". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-14.
  2. ^ "Pounamu – An iconic stone". Kura Pounamu Treasured stone of Aotearoa New Zealand. Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa. Dicapai pada 21 November 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]