Portal:Qatar/Pengenalan
Penampilan
Qatar (Arab: قَطَر, rumi: Qaṭar [ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalam lahjah tempatan: [ˈɡɪtˤɑr]) atau nama rasminya Negara Qatar (Arab: دَوْلَة قَطَر, rumi: Dawlat Qaṭar ) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah dengan Arab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi oleh Teluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaitu Bahrain.