Portal:Hal semasa di Afrika/2008
Penampilan
2008
[sunting sumber]- Satu rampasan kuasa di Guinea diumumkan tidak lama selepas kematian Presidennya Lansana Conté.
- Perhimpunan Agung PBB melantik Turki, Austria, Jepun, Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
- 50 lanun perairan Somalia merampas kapal kargo Ukraine MV Faina (gambar) bersama dengan muatan senjata dan amunisinya, serta 33 kereta kebal T-72.
- Haile Gebrselassie dari Habsyah memecahkan rekod dunia maraton dengan 2 jam, 3 minit, 59 saat.
- Kgalema Motlanthe mengangkat sumpah sebagai Presiden Afrika Selatan, menggantikan Thabo Mbeki.
- Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki (gambar) meletak jawatan seperti yang diminta oleh parti pemerintah Kongres Kebangsaan Afrika.
- Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.
- Presiden Zambia, Levy Mwanawasa (gambar) meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar beberapa minggu sebelumnya.
- Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia yang ke-153.
- Zimbabwe mengeluarkan wang kertas 100 bilion dolar terbaru kerana kadar inflasi tahunan negara itu mencecah 2.2 juta peratus.
- Ketua pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menarik diri dari pusingan kedua pilihan raya presiden 27 Jun setelah penyokong Presiden Robert Mugabe menyerang perhimpunannya.
- Pilihan raya presiden Zimbabwe dilanjutkan ke pusingan kedua kerana tiada pemenang jelas antara Morgan Tsvangirai dan penjawat kini Robert Mugabe.
- Pergerakan Perubahan Demokratik mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen Zimbabwe, menewaskan parti Presiden Robert Mugabe ZANU-PF.
- Mesir memenangi Piala Negara Afrika 2008, menewaskan Cameroon 1-0.
- Rali Dakar 2008 dibatalkan setelah 4 pelancong dibunuh di Mauritania.