Portal:Filem/Tahukah anda/Arkib
Penampilan
- ...bahawa filem Lelaki Harapan Dunia merupakan filem Malaysia ketiga dihantar untuk bertanding di Anugerah Akademi?
- ...bahawa pelakon filem P. Ramlee hanya dianugerahkan pangkat Tan Sri selepas kematian beliau?
- ...bahawa filem Apokalips X merupakan filem bergenre manga pertama Malaysia?
- ...bahawa tiga orang pelakon lelaki filem Bunohan mendapat pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)?
- ...bahawa skrip bagi filem Bravo Lima terpaksa dirombak sebanyak 26 kali?

- ...bahawa filem Duyung (gambar) merupakan filem Malaysia pertama menjalani penggambaran di dasar laut?
- ...bahawa pelakon filem P. Ramlee hanya dianugerahkan pangkat Tan Sri selepas kematian beliau?
- ...bahawa filem Nujum Pak Belalang pernah memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia?
- ...bahawa kisah filem Biar Betul berlaku dalam hanya 1 hari?
- ...bahawa skrip bagi filem Dunia Baru The Movie terpaksa dirombak sebanyak 10 kali?

- ...bahawa adegan-adegan yang tidak diluluskan dalam filem Spinning Gasing tetap diluluskan dalam bentuk VCD?
- ...bahawa pelakon filem Pierre Andre adalah anak lelaki kepada Khatijah Tan?
- ...bahawa filem Puteri Gunung Ledang merupakan filem paling mahal di Malaysia dalam sejarah?
- ...bahawa filem Lang Buana (gambar) menggunakan lebih 2,000 pelakon tambahan?
- ...bahawa filem Sumpahan Mahsuri diterbitkan oleh Tunku Abdul Rahman?

- ...bahawa filem Baik Punya Cilok mengejutkan banyak pihak kerana berjaya mengutip RM1 juta dalam masa seminggu?
- ...bahawa filem Cicak-Man menyindir kualiti cakera padat cetak rompak dengan menggunakan klon sebagai simbol benda yang dicetak rompak?
- ...bahawa pelakon filem Dato' Jalaluddin Hassan adalah adik kepada Tan Sri Musa Hassan iaitu Ketua Polis Negara?
- ...bahawa filem Jangan Pandang Belakang (gambar) ialah filem Melayu pertama ditayangkan di Filipina?
- ...bahawa ketiga-tiga filem pertama Yasmin Ahmad iaitu Sepet, Gubra, dan Mukhsin mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sama?