Semarak api
Semarak api | |
---|---|
![]() | |
Pokok semarak api di Johor, Malaysia. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | D. regia
|
Nama binomial | |
Delonix regia | |
Sinonim[1] | |
|
Semarak api (nama botani: Delonix regia)[2] merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Fabaceae yang tumbuh asli di hutan-hutan kering utara dan barat pulau Madagaskar.[3]:455 Secara liar ia terancam, tetapi ia ditanam secara meluas di tempat-tempat tropika dan subtropika lain seluruh dunia untuk tujuan hiasan serta sebagai pokok teduh berguna di kawasan tropika.
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokoknya sederhana, ia tumbuh sehingga 10 meter. Kulit kayunya berwarna perang cair. Ranting-rantingnya berkedut dan mempunyai liang udara.[4] Batang daunnya jenis pelepah kembar terdiri daripada lebih 8-25 pasang pelepah anak daun kecil. Sehelai anak daun berbentuk bujur dengan ukuran 4-12 milimeter panjang, permukaan atas yang kusam dan permukaan bawah yang pucat dan kelabuan; 30-60 anak daun disusun bertentangan pada tulang pelepah batang daun.[3]:466-467 Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan beriklim kering menggugurkan dedaunnya pada musim kemarau, pokok di kawasan-kawasan lain hampir malar hijau.
Bunga dan buah
[sunting | sunting sumber]Bunga-bunganya kembang dari tangkai-tangkai panjang yang disusun seperti cawan di hujung dahan, sekuntum bunga terdiri daripada empat kelopak merah terang membentuk diameter 8–11 sentimeter dan sehelai kelopak menegak yang bertompok kuning dan putih.[3]:466-467
-
Pokok yang berbunga dan berbuah lebat di Gordonvale, Queensland, Australia
-
Bunga, daun & buah di Kolkata, Bengal Barat, India.
-
Depan, sisi dan belakang kuntum bunga
Lenggai-lenggai buahnya berwarna hijau dan lembik ketika muda dan menjadi keras macam kayu dan berwarna perang gelap.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Delonix regia (Bojer ex Hook.) Raf". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2025. Dicapai pada 8 Februari 2025.
- ^ Adnan Mohamad (2003). Pokok-pokok untuk tanaman bandar. Kuala Lumpur, Malaysia: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 108. ISBN 983-2181-51-8.
- ^ a b c Puy, David J. Du; Phillipson, Peter B.; Rabevohitra, Raymond (1995). "The Genus Delonix (Leguminosae: Caesalpinioideae: Caesalpinieae) in Madagascar". Kew Bulletin. 50 (3): 445–475. Bibcode:1995KewBu..50..445P. doi:10.2307/4110322. JSTOR 4110322.
- ^ Krishen, P. (2006). Trees of Delhi: A Field Guide. Delhi, India: Dorling Kindersley (India). m/s. 296–297. ISBN 978-0-14400-070-8.
- ^ "Economic importance of Delonix regia". Clean Green Guide. 25 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2015. Dicapai pada 14 Jun 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura
- http://kedforestry0.tripod.com/semarak.htm