Pergi ke kandungan

Rumbia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pokok Rumbia)

Rumbia
Sebatang pokok rumbia.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
M. sagu
Nama binomial
Metroxylon sagu
Sinonim[3]
Senarai
    • Metroxylon hermaphroditum Hassk.
    • Metroxylon inerme (Roxb.) Mart.
    • Metroxylon laeve (Giseke) Mart.
    • Metroxylon longispinum (Giseke) Mart.
    • Metroxylon micracanthum Mart.
    • Metroxylon oxybracteatum Warb. ex K.Schum. & Lauterb.
    • Metroxylon rumphii (Willd.) Mart.
    • Metroxylon squarrosum Becc.
    • Metroxylon sylvestre (Giseke) Mart.
    • Sagus americana Poir.
    • Sagus genuina Giseke
    • Sagus inermis Roxb.
    • Sagus koenigii Griff.
    • Sagus laevis Jack
    • Sagus longispina (Giseke) Blume
    • Sagus micracantha (Mart.) Blume
    • Sagus rumphii Willd.
    • Sagus sagu (Rottb.) H.Karst.
    • Sagus spinosa Roxb.
    • Sagus sylvestris (Giseke) Blume

Rumbia (Jawi: رومبيا , nama botani: Metroxylon sagu)[4] ialah sejenis pokok palma dalam genus Metroxylon yang terdapat di hutan-hutan tropika pedalaman Indonesia, Malaysia dan Papua New Guinea.[1][3] Terdapat kelainan yang berduri dan tanpa duri dalam spesies ini. Ia ditemukan di hutan pedalaman.

Pokok rumbia boleh dijadikan atap. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu.

Nama Rumbia diturunkan daripada kata akar Proto-Austronesia *Rumbia.[5] Ia antara empat jenis pokok palma yang disebut-sebutkan dalam Batu Bersurat Talang Tuwo bertulisan bahasa Melayu Kuno ditarikh tahun 684 M:

ñiyur pinaṃ hanāu ru-/mviya dṅan samiśrāña yaṃ kāyu nimākan vuaḥña
("nyiur, pinang, enau, rumbia dengan [seumpamanya] yang kayu dimakan buahnya...")[6]:39

Nama-nama setempat Nusantara lainnya:[7]:323

  • di Sumatra dan Sulawesi: rumbieu, rembie, rembi, rembiau, rambia, hambia, humbia, lumbia, rombia, rumpia
  • di Maluku: ripia, lipia, lepia, lapia, lapaia, hula atau huda
  • di Jawa: ambulung, bulung, (am)bulu, tembulu (Jw.), bhulung (Md.), dan ki ray (Sd.).

Nama rumbia boleh dipakai kepada semua pokok dalam genus Metroxylon.

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut.

Pokok rumbia yang telah ditebang perlu diproses secepat mungkin bagi mengelakkan kemerosotan kandungan kanji, biasanya tidak melebihi 2 hari selepas ditebang.

Tepung sagu rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gum gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku, plastik dan lain-lain.

Pokok Rumbia mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian antara 10–12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan kanji yang tinggi. Ia merumpun, dengan akar rimpang yang panjang dan bercabang-cabang. Batang berbentuk silinder tidak bercabang dengan diameter 50–90 cm, batang bebas daun dapat mencapai tinggi 16–20 m pada saat masa dituai. Daun-daun besar, majemuk menyirip, panjang hingga 7 m, dengan panjang anak daun lk. 1,5 m; bertangkai panjang dan berpelepah.

Sebagaimana gebang, rumbia berbunga dan berbuah sekali sebelum mati. Karangan bunga tongkol sejenis, panjang hingga 5 m. Baunya kurang enak. Pohon sagu yang masih muda mempunyai kulit yang lebih tipis dibandingkan sagu dewasa. Batang sagu terdiri atas lapisan kulit bagian luar yang keras dan bahagian dalam berupa empulur atau isi sagu yang mengandung serat-serat dan pati. Tebal kulit luar yang keras sekitar 3–5 cm.[8]

Pokok Rumbia juga merupakan sumber makanan asasi bagi kaum peribumi di Sabah dan Sarawak, antaranya suku kaum Bisaya, dan Melanau.

Pokok Rumbia mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6-8 meter panjang yang mula-mula tegak kemudian perlahan-lahan melengkung ke bawah.

Pokok Rumbia mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga jenis dwiseks dan kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunga adalah jenis ‘protandrous’ di mana bunga jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Ini bagi memastikan pendebungaan kacuk (cross pollination) akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa dua tahun di mana selepas ini pokok Rumbia akan mati.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Rahman, W.; IUCN SSC Global Tree Specialist Group & Botanic Gardens Conservation International (BGCI) (2021). "Metroxylon sagu". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T155290240A155290242. Dicapai pada 30 Jun 2023.
  2. ^ Rottboell, Nye Samling af det Kongelige Danske Videnskabers Selskabs Skrifter 2:257. 1783 (nama dipuliharakan) Jenis:M. sagu
  3. ^ a b c "Metroxylon sagu Rottb". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 30 Jun 2023.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "rumbia". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 354 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*Rumbia: sago palm". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 28 Disember 2022.
  6. ^ Coedes, George (1930). "Les inscriptions malaises de Çrivijaya". BEFEO. 30 (1): 29–80.
  7. ^ Heyne, K. (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia I: 380-90. Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan. Jakarta. (versi berbahasa Belanda -1922- I: 323-35. sebagai Metroxylon spec.div.)
  8. ^ Haryanto, B. & P. Pangloli (1992). Potensi dan pemanfaatan sagu. Yogyakarta: Kanisius.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]