Pergi ke kandungan

Pulasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pokok Pulasan)

Pulasan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Sapindaceae
Genus: Nephelium
Spesies:
N. ramboutan-ake
Nama binomial
Nephelium ramboutan-ake
(Labill.) Leenh.
Sinonim
  • Litchi ramboutan-ake Labill.
  • Nephelium mutabile Blume
Tiga biji pulasan, salah satunya telah dibuka untuk menampakkan isinya yang boleh dimakan.

Pulasan atau Kapulasan (bahasa Sunda: ᮊᮕᮥᮜᮞᮔ᮪[1]) atau Rambutan Botak nama sainsnya Nephelium mutabile[2][1] ialah sejenis buah tropika dalam famili Sapindaceae serumpun lerak, rambutan (sampai kadangkala dikelirukan dengannya), laici dan mata kucing.[3] Ia sering kali dimakan dengan rasa lebih manis daripada rambutan dan laici, namun sangat langka di luar Asia Tenggara.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Biji buah pulasan lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Buah ini dikenali sebagai maritam di Brunei dan Kalimantan, dan bulala di Filipina. Buah pulasan diseliputi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Buah pulasan dimakan begitu sahaja, ia sesedap rambutan dan laici, tetapi amat jarang dijumpai di luar Asia Tenggara.

  • Pokok: pulasan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 m[1] paling lampau ; mempunyai batang yang halus, 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda.
  • Daun: berselang, pinnate atau pinnate-ganjil, sepanjang 17-45 cm, mempunyai 1-(2-5)-7 pasang daun kecil dengan 4–20 cm x 2–11 cm bertentangan atau hampir bertentangan, bujur atau menirus, sepanjang 6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah.[4]
  • Bunga: agak kecil, tanpa ranggi dengan 4-5 kelopak berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan. [4]
  • Buah: panjang 4-6,5 cm dan lebar 2,5–5 cm, hampir mirip rambutan kulit seakan "botak" berduri pendek kasar dan padat , biasa merah tapi jarang-jarang ada yang putih, jenis si babat warna merah tua dan tonjolan panjang paling digemari.[1][4][5]
  1. ^ a b c d Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 3. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya.
  2. ^ "Nephelium ramboutan-ake". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 10 Jun 2020.
  3. ^ Julia F Morton (1987). Pulasan; In: Fruits of Warm Climates. NewCROP, the New Crop Resource Online Program, Center for New Crops & Plant Products, Purdue University. m/s. 265–266. ISBN 0-9610184-1-0. Dicapai pada 28 December 2022.
  4. ^ a b c Uji, Tahan. Timber trees; Lesser-known timbers. 5(3):406. Prosea dalam "Nephelium ramboutan-ake (Labill.) Leenh". Prosea. Dicapai pada 25 Jul 2013.[pautan mati kekal]
  5. ^ Sastrapradja, Setijati; Soetisna, Usep; Panggabean, Gillmour; Mogea, Johanis Palar; Sukardjo, Sukistrijono; Sunarto, Aloysius (1980). Buah-buahan. 8:56 – 57. Jakarta:LBN - LIPI dengan Balai Pustaka.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]